28/03/14
Tragedi MH370 mungkin ke Hollywood
Misteri kehilangan penerbangan Malaysia
Airlines MH370 menarik perhatian masyarakat antarabangsa termasuk
beberapa penerbit filem terkemuka Hollywood dan mungkin bakal
difilemkan.
Portal berita The Hollywood Reporter
dalam laporannya berkata, beberapa produser ketika ini sedang mengikuti
perkembangan kehilangan pesawat malang tersebut secara dekat.
"Ia tragedi mengejutkan, bagaimanapun saya jamin terdapat 50 orang berbeza yang sedang bekerja dalam 50 projek berbeza.
"Sama ada mendapat inspirasi daripada
insiden itu atau sedang memerhatikannya ketika ini," kata JC Spink, yang
terlibat selaku penerbit dalam pembikinan filem aksi penerbangan pada
2005, Red Eye.
Kehilangan Boeing 777-200ER yang membawa
239 penumpang dan anak kapal sejak 8 Mac lalu menarik perhatian seluruh
dunia, khususnya kabel berita antarabangsa yang tidak putus-putus
membuat liputan.
Sehingga hari ini, bangkai pesawat dan mayat penumpang masih belum ditemui.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
mengumumkan pada Isnin penerbangan MH370 itu berakhir di Lautan Hindi
selepas dua minggu misi mencari dan menyelamat antarabangsa berlangsung.
Spink berkata, episod dramatik sepanjang
usaha mencari dan menyelamat penerbangan MH370 yang dijadualkan
berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac sudah cukup untuk
menjadikan ia sebuah filem aksi terbaik.
"Jelas sekali sesuatu yang lebih besar dalam penerbangan yang kita tidak akan tahu," kata produser terkenal itu.
"Itu adalah satu batu loncatan yang besar."
Selalunya apabila sesebuah tragedi
berlaku, Hollywood akan menunggu hingga tiga bulan sebelum mengambil
langkah pembikinan filem, lapor The Hollywood Reporter.
"Saya rasa orang ramai akan tunggu dan
lihat bagaimana hasil siasatan nanti," kata Alex Heineman, produser
filem aksi penerbangan, Non-Stop yang mencatat keuntungan berjuta
ringgit tahun ini.
Namun, The Hollywood Reporter
menjangkakan mana-mana pihak yang ingin menghasilkan filem berdasarkan
kehilangan MH370 akan berdepan halangan memandangkan siasatan bagi
mengenal pasti punca kehilangan masih berjalan serta rumit selain
terdapat juga kesamaran dalam pendedahan maklumat oleh pihak berkuasa
Malaysia.
Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang
dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA)
pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada skrin radar
kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China
Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari sama.
Operasi mencari pesawat itu, melibatkan
pelbagai negara dilancarkan, pada mulanya di Laut China Selatan dan
kemudian, setelah didapati pesawat itu mengubah laluannya, di dua
koridor - koridor utara yang merentas dari sempadan Khazakhstan dan
Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia
hingga ke selatan Lautan Hindi.
Hasil analisis terhadap data satelit
yang belum pernah dibuat sebelum ini, syarikat dari United Kingdom
Inmarsat dan UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB) membuat
rumusan bahawa Pesawat MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan
kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat
Perth, Australia.
Beberapa episod melibatkan penumpang
MH370 menjadi tanda tanya sehingga ini, antaranya dua penumpang memegang
passport curi, juruterbang memiliki simulator penerbangan di rumah,
bateri litium di dalam kargo dan pelbagai spekulasi yang masih belum
terjawab.
Fokus kini mencari bangkai pesawat dan mendapatkan kotak hitam bagi merungkai persoalan di sebalik kehilangan MH370.- TMI
3 orang berkata:
Tentu terdapat beberapa versi penceritaannya nanti, mungkin tiada satu pun yg betul mengikut kejadian sebenar
Yahudi mula berkira2 utk mengaut untung dari kesengsaraan kaum keluarga mangsa #mh370. Anak emak tak join sama? Emak boleh bagi modal.
kisah kita masih misteri, kisah itu nanti akan ada endingnya. kita tunggu dan lihat.
Post a Comment