Bangladesh haramkan parti Jamaat-e-Islami
DHAKA - BANGLADESH. Penyiasat unit jenayah perang Bangladesh mahu
mengharamkan segala pergerakan parti Islam terbesar, Jamaat-e-Islami
bersabit kesalahan pembunuhan beramai-ramai ketika era 71-an.
Ketua penyiasat jenayah perang Abdul Hannan Khan berkata, laporan terperinci diserahkan kepada pendakwa raya sebagai langkah pengharaman parti itu daripada bertanding pada pilihan raya yang dijadualkan Januari tahun depan.
“Kami mahu parti itu dibubarkan kerana mereka bersubahat dengan tentera Pakistan melakukan pembunuhan beramai-ramai ketika perang pada 1971,” katanya.
Menurutnya, tindakan pengharaman parti itu daripada bertanding adalah tindakan wajar kerana mereka bersekongkol dengan tentera negara lain untuk menggugat keamanan dan keselamatan dalam negara, laporan dipetik dari AFP.

1 orang berkata:
Maaf Islam x pernah & x akan hancur..yg hancur ialah manusia..sbb Islam bukan manusia punya Islam(agama) kepunyaan Dia yg Maha Berkuasa..jgn salah cakap bro..
Post a Comment