Isu MoU: PKR gesa penjelasan dari Khalid
PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menggesa
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan isi
kandungan Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dengan
kerajaan Persekutuan secepat mungkin.
Tegasnya, terdapat empat perkara yang boleh menimbulkan spekulasi terutama yang melibatkan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).
"Saya khuatir isi kandungan MoU adalah berat sebelah yang berpihak kepada kerajaan Persekutuan dalam empat aspek.
"Aspek itu adalah projek Langat 2 hanya mengikat di pihak kerajaan negeri, tidak menyentuh tentang pemegang konsesi sedia ada, tambahan RM2 bilion tambahan dan proses kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Beliau menyebut keseluruhan dokumen itu adalah satu memorandum persefahaman sahaja yang tidak mengikat kecuali yang bersabit dengan kelulusan serta merta Projek Langat 2.
"Semua tanggungjawab kerajaan Persekutuan mengenai penstrukturan air hanya satu persefahaman yang tidak mengikat di sisi undang-undang.
"Tidak ada satu artikel lain pun dalam MoU itu yang dirujuk sebagai mengikat kecuali Artikel 5(b) bersabit kelulusan Projek Langat 2," katanya.
Dalam pada itu, beliau menyentuh soal tambahan RM2 bilion untuk pengambil alihan ekuiti pemegang konsesi sedia ada.
"Dengar baik-baik. 'Artikel 4 (iii) menyebut bahawa selain daripada tawaran KDEB, kerajaan Persekutuan melalui PAAB akan menyediakan peruntukan RM2 bilion untuk membantu Selangor dalam urusan ambil alih ekuiti syarikat-syarikat konsesi air'.
"Saya menafsirkan ini sebagai bayaran tambahan yang akan dibuat kepada pemegang konsesi menjadikan jumlah bayaran pampasan bukanlah RM9.65 bilion tapi RM 11.65 bilion," katanya.
Sejak termetrai MoU antara kerajaan negeri Selangor dengan kerajaan Persekutuan, kandungannya terus dipertikaikan pemimpin PR.
Selangor dan kerajaan Persekutuan menandatangani MoU bagi penstrukturan semula industri bekalan air Selangor, 26 Februari lalu.

0 orang berkata:
Post a Comment