Kes saman Hadi tak jejas imej Pas
KUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu menganggap
saman sebanyak RM2 juta oleh bekas calon PKR terhadap Presiden Pas Datuk
Seri Abdul Hadi Awang tidak menjejaskan imej parti itu.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, saman bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Abdul Hadi menyebabkan parti itu terus menerima sokongan.
"Isu ini seperti fenomena setiap kali adanya pilihan raya kecil (PRK) seperti PRK Kuala Besut hinggalah ke PRK Kajang," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Media bersama pemimpin Pas di sini.
Pada 23 Februari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal hadir untuk menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Dis tahun lalu.
Pada Khamis lepas, Abdul Hadi menfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah itu. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment