PR akan berhati-hati terima projek kerajaan BN
SHAH ALAM - PR menyatakan akan terus mengamalkan prinsip keterbukaan
untuk bekerjasama dengan kerajaan BN demi kepentingan rakyat namun masih
perlu berhati-hati dalam membuat keputusan.
Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PR akan terus menerima usaha kerajaan yang dilakukan terhadap rakyat.
Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata, kerajaan BN juga tidak wajar melakukan sesuatu perkara dengan menggelarkan projek rakyat namun untuk kepentingan politik parti mereka.
"Kita alu-alukan apa juga projek yang dilihat untuk membantu rakyat.
"Namun apa yang kita lihat sekarang ini kerajaan BN pula yang bertindak menyekat bantuan tersebut contoh pembinaan lebuh raya di Kelantan dan sebagainya.
"Kita bagaimanapun perlu meneliti supaya tidak hanya lebih memihak kepada politik BN berbanding rakyat," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Pada Rabu lalu, kerajaan Selangor yang dipimpin PR telah bersetuju menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung krisis air yang melanda negeri itu setelah lima tahun ia ditangguhkan.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh juga berkata, PR akan sentaiasa terbuka namun akan memastikan kedua-dua parti dan rakyat berada dalam keadaan menang-menang.
"Bagi PR apa juuga projek yang dilakukan BN, yang paling penting adalah untuk manfaat rakyat.
"Namun untuk kami, terima begitu saja tidak akan berlaku, kita akan teliti projek tersebut satu persatu.
"Kita mahukan ia adil untuk semua," katanya.

1 orang berkata:
puak umno tidak akan buat projek jika tiada keuntungan peribadi, prnjianji dengan PR selangor kata pm projek untuk raayat rupanya untuk menyelamatan projek bekalan air umno pahang ke selangor terbengkalai, maka fikir puakx ini untuk membdapat keuntungan.
Post a Comment