PRK Balingian: BN menang, majoriti bertambah
MUKAH - Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri
(Dun) Balingian pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung hari ini,
dengan majoriti 6,911 undi.
Calonnya Yussibnosh Balo, 48, memperoleh 8,194 undi, berbanding calon PKR Abdul Jalil Bujang, 55, yang mendapat 1,283 undi.
Pada 2011, bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 6,210 undi untuk memenangi kerusi Dun Balingian dengan majoriti 5,154 undi, dalam pertandingan tiga penjuru, menewaskan Suriati Abdullah daripada PKR yang memperoleh 871 undi, dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin 1,056 undi.
Keputusan hari ini diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Balingian Shafrie Saili di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Mukah, di sini.
Katanya 146 kertas undi diisytihar rosak.
Undi yang diperoleh Yussibnosh bertambah sebanyak 1984 berbanding jumlah undi yang diperoleh Abdul Taib.
Pilihan raya kecil (PRK) Dun Balingian diadakan ekoran perletakan jawatan Abdul Taib sebagai Anggota Dewan Undangan negeri Balingian, dan beliau kemudiannya dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

1 orang berkata:
siapa kaya dia 'control' pemerintah, kalau tak jadi pemerintah & siapa kuat dia ada kuasa maharaja.
Post a Comment