30/04/14
Hudud: MCA tidak bersedia kembali dalam kabinet BN?
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Liow dan pimpinan MCA kini di bawah ujian sukar adakah mereka sanggup
untuk memberitahu Najib yang parti itu tidak bersedia untuk kembali ke
Kabinet Barisan Nasional.
Ini sehinggalah prinsip muafakat
dipulihkan dalam BN, dan Najib menarik balik pengumuman yang dibuatnya
secara sembarangan pada Khamis lalu bahawa kerajaan persekutuan tidak
pernah menolak hudud.
“Atau adakah pangkat menteri dan
timbalan menteri serta faedah daripada jawatan itu lebih penting kepada
Liow dan pimpinan MCA berbanding prinsip dan keteguhan politik, termasuk
paling penting, iaitu BN bergerak menurut muafakat semua parti
komponennya, bukan sekadar di bawah telunjuk Umno?” tanya Ketua Parlimen
DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dalam satu
kenyataan, sebagaimana di bawah.
Rakyat Malaysia sedang menyaksikan
kepura-puraan terbesar MCA sepanjang 65 tahun sejarahnya – parti itu
mengancam untuk mengumpul ribuan orang dan mengepung Parlimen bagi
menentang hudud, namun gagal membuatkan walau pun hanya seorang, iaitu
Presidennya MCA sendiri, untuk berkata ‘Tidak’ kepada Perdana Menteri
dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tentang isu itu.
Berdasarkan tafsiran salah dan
menyeleweng ke atas kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tentang
hudud pada 28 September 2011, MCA melancarkan kempen agresif namun tidak
jujur di seluruh negara ke atas DAP hingga akhirnya hanya menunjukkan
kepura-puraan terbesar MCA sepanjang kewujudannya.
Sangat menyedihkan untuk menyaksikan
kepura-puraan itu – kerana ia hanya berjaya secara terus-menerus
menelanjangkan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pimpinan MCA sebagai
pemimpin tanpa keyakinan, prinsip, dan maruah – perkara-perkara yang
menyebabkan MCA ditolak sepenuhnya oleh pengundi Malaysia pada
Pilihanraya Umum ke-13 Mei lalu, dan akhirnya menjadi parti politik
“7-11” di negara ini.
Liow dan pimpinan MCA kini di bawah
ujian sukar – adakah mereka sanggup untuk memberitahu Najib yang parti
itu tidak bersedia untuk kembali ke Kabinet Barisan Nasional sehinggalah
prinsip muafakat dipulihkan dalam BN, dan Najib menarik balik
pengumuman yang dibuatnya secara sembarangan dan sepihak pada Khamis
lalu bahawa kerajaan persekutuan tidak pernah menolak hudud?
Atau adakah pangkat menteri dan timbalan
menteri serta faedah daripada jawatan itu lebih penting kepada Liow dan
pimpinan MCA berbanding prinsip dan keteguhan politik, termasuk paling
penting, iaitu BN bergerak menurut muafakat semua parti komponennya,
bukan sekadar di bawah telunjuk Umno?
Ketika Najib membuat pengumuman
mengejutkan itu di Alor Star, Khamis lepas, bahawa kerajaan persekutuan
tidak pernah menolak hudud, mengapa tiada bantahan daripada Presiden
MCA?
Begitu juga, mengapa Majlis Presiden MCA
yang mengadakan pertemuan semalam tidak berkata apa-apa tentang
pengumuman Najib, yang jelas bertentangan dengan prinsip muafakat BN.
Atau apakah Liow secara rahsia atau bersendirian telah memberikan
persetujuan kepada kenyataan Najib, sebelum atau selepas kenyataan itu
dikeluarkan?
Apakah mesyuarat tergempar Jawatankuasa Pusat MCA akan dipanggil untuk membantah dan menolak kenyataan Najib itu?
Atau apakah tiada keperluan untuk
berbuat demikian kerana apa yang diumumkan Najib di Alor Setar telah
secara automatik menjadi dasar BN, yang mana tidak akan dibantah atau
dikritik secara terbuka oleh pemimpin MCA kerana itu akan mengancam
peluang Liow dan pemimpin MCA lain untuk kembali ke Kabinet dan Kerajaan
BN sebagai menteri dan timbalan menteri?
Tunggu sahaja Liow dan pimpinan MCA
menjelaskan isu yang amat mudah ini, yang kini timbul dalam benak semua
rakyat Malaysia yang berfikir.
0 orang berkata:
Post a Comment