Monday, April 28, 2014
Utusetan Kena Lagi!!!
Fitnah KGT: Utusan mohon maaf, bayar gantirugi
RIZAL TAHIR - 28 April 2014
KOTA BHARU:Selain
memohon maaf kepada Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGT), Utusan Melayu
juga diperintah membayar RM40,000 kepada agensi milik kerajaan negeri
itu, di atas penerbitan berita berunsur fitnah.
Permohonan maaf
tersebut menyebut Utusan Melayu dengan suci hati menyesali penerbitan
artikel berkaitan KGT berdasar kenyataan diberi defendan keempat, Nik
Mahani Mohamed.
Selain itu
Utusan memohon maaf terhadap segala kesulitan, penjejasan ke atas
reputasi dan apa-apa kerugian yang dialami hasil penerbitan
berita-berita tersebut.
Oleh itu akhbar yang didominasi Umno tersebut juga berjanji tidak mengulangi kenyataan-kenyataan yang telah diterbitkan.
Perbicaraan kes
tersebut dikendalikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Azman
Abdullah pada prosiding yang berlangsung semalam.
Sebelum ini
akhbar terbabit pada 18 Jun sehingga 2 Julai 2012 menerbit beberapa
berita berunsur fitnah mengenai KGT antaranya bertajuk “KGT Didakwa
Diselubungi Skandal”, “Polis Siasat Skandal Dinar Emas”, “Dinar KGT
Didakwa Tiada Ciri Islam”, “Skandal KGT: Syed Azidi Sedia Kemuka Bukti”
dan “Dinar Kelantan Sekadar Perhiasan Biasa”.
Berita-berita terbabit ditulis wartawan Saifulizam Mohamad dan Azran Fitri Abdul Rahim.
Pada
perbicaraan itu Utusan Melayu diwakili peguam M Reza Hassan dan Ellia
Zuraini Mat Zin bersetuju membayar sebanyak RM40,000 kepada KGT.
Plaintif (KGT) diwakili peguam Zainal Abidin Mustaffa.
Sebelum ini
defenden keempat kes terbabit, Nik Mahani memohon maaf kepada KGT kerana
memberi maklumat tidak benar berkaitan agensi itu kepada Utusan Melayu. - HARAKAHDAILY, 28/4/2014
0 orang berkata:
Post a Comment