Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMUA DAH BISU

RAJA MELAYU DAH BISU, MAJLIS AGAMA ISLAM JADI PEKAK BADAK APABILA AGAMA ISLAM DIHINA, RAJA DIGESA TARIK BALIK GELARAN DATO DARIPADA HINDU INI - Pak Karamu

 

Saturday, April 26, 2014

Doktor Islam selar MMA kerana jadikan hudud sebagai jenaka

TMI - APRIL 26, 2014
‎Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) hari ini menyelar kenyataan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk NKS Tharmaseelan (gambar) yang dianggap cuba menjadikan pelaksanaan hudud sebagai jenaka apabila mencadangkan kerajaan PAS Kelantan menggunakan khidmat pemotong daging.
Pengerusi I-Medik, ‎Prof Dr Azmi Md Nor berkata kenyataan presiden MMA tidak profesional, tanpa menghormati perasaan umat Islam apabila meminta pemotong daging diberi tugas menjalankan hudud melibatkan hukuman potong tangan.
"Jika MMA tidak dapat bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh kerajaan negeri Kelantan, ia tidak seharusnya menjadikan isu hukum hudud ini sebagai suatu jenaka kepada 63.1% umat Islam di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Dr Azmi, seorang doktor beragama Islam selain menjalankan tugas mereka mengikut sumpah perubatan Islam, juga menyokong penuh perundangan Syariah.Beliau menyifatkan kenyataan presiden MMA itu dibuat secara terburu-buru tanpa sebarang usaha untuk memahami kepentingan perundangan syariah kepada umum, khususnya kepada umat Islam dan ribuan profesional perubatan Islam di negara ini.
Semalam Tharmaseelan yang merupakan presiden MMA mencadangkan kerajaan Kelantan menggunakan khidmat pemotong daging untuk melaksanakan hukuman hudud kerana petugas perubatan yang bertauliah tidak sanggup untuk melakukan perkara sedemikian.
"Prosedur (potong tangan) sangat rumit. ‎Jika doktor tidak tergamak melakukannya maka anda perlu cari tukang potong daging," ‎katanya.
Dr Azmi berkata lagi adalah terlalu awal bagi membincangkan isu siapa yang harus menjalankan hukuman kerana ia memerlukan lebih banyak kajian dan perbincangan berhubung soal teknikal perundangan Syariah.
"Lebih banyak kajian dan perbincangan harus diadakan berhubung soal teknikal perundangan Syariah, yang sering disalahtafsir dengan mengecilkan skop kepada memotong tangan, sedangkan ia melibatkan falsafah keadilan, pengajaran dan pencegahan," katanya.
Oleh demikian, beliau menegaskan agar MMA lebih sensitif dalam menyampaikan pandangan mereka terutamanya apabila menyentuh mengenai agama Islam.
Semalam Tharmaseelan turut berkata, pihaknya tidak akan bekerjasama dengan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan undang-undang syariah di negeri tersebut.
Katanya, doktor dan jururawat bertauliah terikat mengikut bidang kuasa Kementerian Kesihatan dan tidak perlu patuh kepada arahan kerajaan negeri.
"Semua hospital di Kelantan hanya menerima arahan daripada Kementerian Kesihatan kerana gaji mereka dibayar oleh kerajaan pusat," katanya.
Tharmaseelan berkata, MMA akan mengambil tindakan saman dan membatalkan kelayakan tauliah jika mendapati ada doktor yang melakukan perkara tersebut. – 26 April, 2014.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.