'Nak potong tangan pun kena adil'
KUALA LUMPUR - [VIDEO]
Nak potong tangan pun kena adil, demikian peringatan bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung hasrat Kelantan untuk
melaksanakan hukum hudud di negeri berkenaan.
Malah menurutnya, di dalam Islam keadilan yang diutamakan bukan hukum.
"Kalau kita bagi kuasa untuk laksanakan (hudud) kepada orang yang tak faham keadilan... dalam al-Quran disebut 43 ayat yang menyebut tentang keadilan, tapi yang ditumpukan bukan kepada keadilan sebaliknya ditumpukan kepada cara dibicara iaitu kena ada empat orang saksi dan keduanya tentang hukum mestilah berat.
"Dalam Islam itu, bukan hukum yang diutamakan. Keadilan yang diutamakan. Kalau nak potong tangan orang itu, mesti adil," katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra selepas merasmikan buku 'Saya, SPR dan Pilihanraya' karya bekas Timbalan Pengerusi Suruhhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, hari ini.
Bukan menolak pelaksanaan hukum hudud namun beliau menyifatkan pelaksana hukum itu masih belum layak melaksanakannya.
Menurutnya, orang Islam sendiri dilihat sering mencabul ajaran agama Islam dan membuat perkara-perkara yang bertentangan.
"Pendirian saya daripada dulu sampai sekarang tak berubah. Hudud adalah sebahagian daripada syariat Islam dan ianya memang baik tapi kebolehan orang Islam melaksanakan hukum hudud mengikut kehendak agama (itu) agak lemah.
"Kita lihat umpamanya, orang Islam selalu mencabul atau mengetepikan ajaran agama Islam... macam-macam yang dibuat bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.
Tambahnya, "sebab itu saya tak berapa percaya tentang orang yang nak laksana hukum hudud ini. Mereka bukan nak laksanakan keadilan seperti yang dikehendaki hukum hudud Islam tetapi nak laksanakan hukum hudud cara sendiri. Itu yang saya tak bersetuju."

0 orang berkata:
Post a Comment