Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS LEMAH !

Selasa, 29 April 2014

Andainya benar UMNO gunakan isu hudud untuk pecahbelahkan pakatan rakyat, ini menunjukkan PAS sebuah parti lemah, apa yang Pak Karamu nampak ialah PAS memang sudah begitu lama hendak melaksanakan hukum Hudud akan tetapi tidak berhasil kerana tiada manusia yang mahukannya, jadi siapapun yang hendak membantu secara ikhlas maka PAS anggap sebagai kawan yang memahami niat PAS

Jika UMNO dianggap sebagai sebuah parti yang mampu membantu kerana ianya sebuah parti melayu yang beragama islam maka kita lihat dahulu apa yang mereka boleh buat, ternyata DAP dan PKR memang tidak akan membantu PAS untuk mengejar cita-citanya. Rasanya PAS jangan lagi undur kebelakang dalam isu Hudud, andainya UMNO juga gagal membantu buat kali ini maka jangan lagi mengharapkan jasa mereka untuk membantu PAS sampai kiamat dunia, kerana semua faham cita-cita PAS dan perjuangannya

Perjuangan PAS sudah terbukti bukan mengejar kuasa, mereka mengejar cita-cita perjuangan dasarnya dengan cara apa jugapun, anadainya PAS mengejar kuasa dan mahu ke Putra Jaya maka PAS tidak perlu bercakap tentang Hudud kerana PAS sendiri tahu bahawa Hudud adalah matlamatnya- Pak Karamu

Umno gunakan hudud untuk pecahkan Pakatan ~ Husam


Pihak dalaman PAS menyalahkan Umno yang tidak berhenti dan terus-menerus memainkan isu untuk melaksanakan undang-undang syariah, termasuk hudud, sehingga menimbulkan pergeseran antara parti dalam Pakatan Rakyat.

Bekas ahli Exco Kelantan dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata beliau yakin Umno cuba memecahbelahkan perpaduan dalam Pakatan.

Beliau juga tidak fikir rang undang-undang persendirian itu boleh pergi jauh selagi Umno tidak membuat pendirian jelas mengenai perkara itu.

"Bagi saya, isu paling besar di sini sebelum kita pergi lebih jauh, adalah untuk mengetahui apakah pendirian Najib. Adakah BN akan menyokong rang undang-undang persendirian ini? Jika benar, maka kita boleh berbincang. Jika tidak, jelas mereka hanya mempermainkan PAS demi kepentingan agenda mereka," katanya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lepas, bahawa Umno bersedia mendengar cadangan PAS mengenai pelaksanaan hudud.

"Kita hendak tahu cadangan PAS. Kita tidak tahu lagi sebenarnya. Kalau PAS hendak kemukakan pada kita, kita sedia terima," Najib berkata.TMI

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.