CUBA PERIKSA HUKUM SYARI'AH TENTANG HUKUM MUNAKAHAT TEMPOH SEORANG ISTERI DITINGGALKAN TANPA NAFKAH ZAHIR DAN BATIN AKAN TERGUGUR IKATAN SUAMI DAN ISTERI - Pak Karamu
Simpati!!! Derita Isteri 'Digantung Tak Tali’ Lebih 15 tahun, Mahkamah Syariah Belum Lulus Permohonan Fasakh.. Salah Siapa? Jom Terjah!!!
11:42 AM
No comments
Ruzana
Othman, 56, menderita 'digantung tak tali’ setelah ditinggalkan
suaminya lebih 15 tahun sementara pihak mahkamah belum meluluskan
permohonan fasaknya.
Katanya beliau amat kesal dengan proses pelaksanaan dan prosedur mahkamah syariah setelah beliau memfail permohonan fasak dua tahun lepas, namun sehingga kini tiada keputusan yang dikeluarkan.
"Pihak mahkamah suruh saya cari suami saya dengan mengiklankan terlebih dahulu. Saya buat walaupun saya tidak lagi bekerja namun saya cuba cari duit untuk laksanakannya.
"Lepas itu dalam Febuari lepas, saya kembali ke mahkamah menyatakan suami saya masih tidak dapat dikesan, namun pihak mahkamah suruh saya melantik peguam. Saya kesal kerana saya bukannya ada duit, tambahan pula saya sudah tua," katanya kepada pemberita dalam sesi sidang media yang dianjurkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di ibunegar semalam.
Ruzana berkata suaminya telah meninggalkan beliau bersama seorang anak pada 1998.
"Bermacam-macam cara saya dah usaha untuk mencari suami saya yang hilang entah ke mana dan sehinggakan saya tidak larat lagi dan saya mengambil keputusan untuk memfailkan permohonan fasak. Namun perkara itu membebankan saya lagi," katanya.
Sehubungan itu Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan menggesa pihak mahkamah syariah agar meneliti semula pelaksanaan undang-undang tersebut agar ia tidak membebankan pihak lain.
"Saya pelik dengan kes seperti ini. Kita perlu cari kaedah untuk mengubah keadaan. Kita bukan nak menunding jari kepada sesiapa, namun tindakan segera perlu diambil untuk mengatasinya," katanya.
Beliau berkata pihaknya menerima lebih 100 aduan yang melibatkan mahkamah syariah yang majoritinya mengenai prosedur mahkamah yang dikatakan terlalu rumit dan membebankan.

0 orang berkata:
Post a Comment