Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Hudud: Hanya perlu majoriti mudah
  • DATUK MOHD AMAR ABDULLAH DATUK MOHD AMAR ABDULLAH
1 / 1
SETELAH 21 tahun diluluskan di Dewan Undangan Negeri iaitu pada tahun 1993, hukum hudud kini dilihat boleh jadi kenyataan apabila kerajaan BN mula memberikan laluan kepada Kelantan untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen.

Namun pelbagai rintangan perlu dilalui Pas termasuk tentangan secara terbuka oleh parti komponen PR sendiri iaitu PKR dan DAP.

Bagi mendapatkan penjelasan lebih mendalam ikuti temu bual eksklusif Ketua Wartawan Kelantan, Mohd Zailani Abd Rahman dan wartawan, Murni Abdul Rashid bersama TIMBALAN MENTERI BESAR, DATUK MOHD AMAR ABDULLAH.

Sinar Harian: Melihat kepada perkembangan hudud sekarang, bila tarikh muktamad akan dibawa ke Parlimen?

Mohd Amar: Paling lewat kita akan hantar akhir tahun ini lagipun draf rang undang-undang persendirian kita sudah ada dan tiada masalah jika nak bentang Jun depan.
       
Cuma kita hendak selesaikan taklimat kepada parti, pegawai, kakitangan kerajaan, parti komponen PR, Persatuan Cina, jika ada wakil rakyat BN mahu dengar taklimat tersebut kita bersedia beri kerjasama. Insya-ALLAH paling lewat, bila sesi belanjawan akhir tahun Oktober depan.

Sinar Harian: Bagaimana pula dengan sokongan yang diperlukan untuk realisasikan hudud?

Mohd Amar: Kita bukan mahu bentuk Perlembagaan, kita ada dua pilihan sama ada mahu bawa rang udang-undang ini ke peringkat negara atau negeri tetapi kita setuju untuk peringkat negeri sahaja jadi tidak perlu pinda Perlembagaan.

Kita mahu memohon kebenaran daripada Parlimen dan Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan hukuman dalam kesalahan-kesalahan yang ada dalam Kanun Keseksaan iaitu mencuri, merogol dan merompak.

Ia adalah bidang tugas Kerajaan Persekutuan agar kesalahan-kesalahan boleh dibicarakan dalam mahkamah syariah dan hukuman yang dijatuhkan tidak terikat kepada kanun keseksaan.

Parlimen perlu meluluskannya tetapi tidak perlu kepada dua pertiga tetapi hanya majoriti mudah iaitu 112 sudah mencukupi, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) mahu kemudahan cadangan meminda akta mahkamah syariah 1965 yang dikenali sebagai Akta 356 bagi membenarkan Kelantan menjatuhkan hukuman lebih tinggi dari peruntukkan akta tersebut iaitu denda RM3,000, penjara 5 tahun dan 6 sebatan.

Kita mahu hukuman lebih besar dan tidak terikat.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.