Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 25 April 2014

Skandal geran MOSTI: PM & Menteri wajar buat akuan bersumpah

KUALA LUMPUR 25 APR: Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli mencabar Perdana Menteri dan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi membuat akuan bersumpah bahawa surat sokongan pemberian dana kepada NSE Resources Corporation Sdn Bhd adalah palsu.
Rafizi dalam kenyataannya semalam berkata, penafian Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Dr Abu Bakar Mohammad Diah tidak wajar kerana senarai 4,556 penerima geran R&D MOSTI adalah senarai geran bagi tahun 2006 hingga 2010.
“Sedangkan skandal geran yang saya bongkarkan melibatkan kelulusan MOSTI bertarikh 21 Januari 2014.

“Sudah tentulah kelulusan geran RM100 juta yang diberikan kepada NSE Resources Corporation Sdn Bhd ini, yang baru sahaja diluluskan awal tahun ini, tidak tersenarai di dalam senarai penerima geran bagi tempoh 2006 hingga 2010,” kata Rafizi.

Abu Bakar sebelum ini mempersoalkan kesahihan surat dan dokumen yang didedahkan Rafizi melibatkan MOSTI, Pejabat Perdana Menteri dan NSE Resources Corporation Sdn Bhd.

Rafizi turut memberikan pautan laman web NSE Resources Corporation, dengan rekod menyebut bahawa syarikat itu mengakui pernah menerima dua geran R&D dari MOSTI sebelum ini.

Justeru, Rafizi mencabar Menteri MOSTI Datuk Dr Ewon Ebin untuk membuat akuan bersumpah (statutory declaration) bahawa surat yang ditandatangani beliau bertarikh 21 Januari 2014 itu palsu dan beliau tidak pernah melihat atau menandatangani surat itu.

“Keengganan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Dr Ewon Ebin membuat akuan bersumpah bakal menjadi bukti bahawa kesemua surat dan dokumen yang saya tampilkan sekarang adalah benar dan sahih,” tegasnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.