Catuan air di Selangor berakhir esok
SHAH ALAM- Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari
ini mengumumkan bahawa catuan air di negeri ini yang berlarutan sejak
dua bulan lalu, berakhir esok.
Abdul Khalid berkata, oleh itu rakyat Selangor dapat menikmati penggunaan air seperti biasa bermula esok atau selewat-lewatnya Jumaat ini.
"Pengagihan air berjadual yang dilakukan secara berperingkat di Selangor yang bermula Februari lalu akan diberhentikan secara serentak bermula 1 Mei 2014 (Khamis) ini.
"Sehubungan itu kawasan-kawasan yang terlibat dengan catuan air itu akan mendapat air seperti biasa selewat-lewatnya Jumaat ini untuk kawasan air rendah.
"Keputusan ini telah dimaklumkan kepada semua pihak iaitu,Jabatan Air dan Saliran Selangor, SPAN dan syarikat-syarikat lain, kita juga telah maklumkan kepada Syabas untuk pastikan pengguna mendapat air seperti biasa," katanya ketika sidang media di Pejabat Menteri Besar Selangor, hari ini.

0 orang berkata:
Post a Comment