TuDiaa!!! Helah Presiden Amerika Menjelajah Asia Termasuk Malaysia Terbongkar.. Jom Terjah!!!
7:26 AM
No comments
Blogger Sayuti Omar
mendakwa lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Jepun,
Korea, Malaysia, Filipina adalah perjalanan untuk mencari kekuatan dan
sokongan.
Katanya perjalanan Obama bukan untuk melihat keindahan panorama di Asia.
“Amerika begitu takut
kepada China yang bangkit dalam kuasa perdagangan baru. Sebagai sebuah
negara yang membentuk empayar, Obama dapat merasakan apa akan berlaku
untuk 50 dekad akan datang,” katanya dalam posting terbaharu blognya
www.msomelayu.blogspot.com
Dakwanya,
unjuran yang dibuat oleh pakar ekonomi meletakkan China akan berada di
atas Amerika daripada segi ekonomi pada 2028 menjadi bayangan ketakutan
Obama.
“Sebagai presiden yang
akan tamat tempoh perkhidmatanya tidak lama lagi menjadi tugas Obama
meletakkan Amerika di atas landasan benar sekiranya dia mahu dikenang
oleh rakyat Uncle Sam itu,” tambhanya.
Sayuti mendakwa hari ini China sedang mengembangkan perdagangannya dalam serba serbi bidang.
Negara Asean sudah
ditakluki dengan kuasa ekonominya. Bahkah penyumbang kepada
perbendaharaan kedua kepada Amerika juga adalah perdagangan dari China,”
katanya.
Katanya lagi, Obama sangat bimbang dengan apa yang sedang dilakukan China.
“Justeru beliau sudah
dapat menghidu nasib Amerika. Dalam keadaan Amerika sendiri ekonominya
sedang berantakan, maka sesuatu perlu disiap-sediakan dari sekarang,”
ujarnya.
Beliau menambah dalam bacaan orang seperti Obama, penjajahan dan peperangan tidak akan berhenti.
“Perang dan penindasan
akan berkembang selari dengan kemajuan manusia. Bagi falsafahnya
peperangan dihalalkan untuk meneruskan keagungan. Peperangan merupakan
jalan untuk survive sesebuah negara,” tegasnya.
Beliau berpendapat tidak mustahil apabila Amerika sudah tenat sampai ke paras leher, peperangan harus dilancarkan juga.
“Untuk tujuan itu,
Amerika dan Obama harus membuat persiapan ke arah kesimpulan dan
keputusan yang amat dibenci dunia itu. Jadi kedatangan presiden Amerika
ke negara ini adalah dalam rangka kempen untuk menguatkan kedudukannya
atau dalam kata lain mengenal pasti di manakah beliau hendak tumpang
meletakkan meriamnya untuk berdepan dengan perang,” dakwanya.
Katanya, apa yang hendak
disampaikan di sini ialah jangan rakyat negara ini menerima kedatangan
Obama itu seperti kehadiran bintang bola sepak atau bintang filem
Bollywood atau Hollywood, kerana kedatangan seorang presiden membawa
mesej peperangan bukannya kemanusiaan.
Sayuti berharap
kedatangan Obama ke Malaysia jangan dipuja seolah-olah Obama adalah
seorang presiden yang berbeza dengan presiden Amerika sebelum ini yang
suka mengeksplotasikan keadaan demi bumi Amerika dan mahu menunjukkan
kekuasaan Amerika.
“Kononnya Obama seorang
presiden yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi dan tidak suka
kepada kontroversi, membenci peperangan dan penganiayaan kepada
manusia,” katanya.
Tambahnya, keterujaan
rakyat negara ini termasuk pemimpin sendiri, bukan saja kepada kehebatan
kepimpinan Obama tetapi sampai kepada kapal terbang dan kereta rasmi
yang dibawa dari Amerika juga dipuji kehairanan.
“Diberi ulasan dan
penghuraian terperinci mengenai kehebatan dan kecanggihan kereta
Bluefin-21 yang siap dengan sonar dan boleh menyelam ke dalam laut dan
dilengkapi dengan segala kemudahan, keselamatan dan kesihatan untuk
Obama. Di atas kereta itu juga ada bank darah yang sama jenis dengan
darah Obama. Jenis XXO,” dakwanya.
Beliau mengingatkan walaupun siapa Obama dia tetap presiden Amerika.
“Kita perlu kenal siapa
Amerika, sebuah negara yang dianggap sebagai polis dunia. Amerika
menggunakan kekuatannya untuk menakluki negara-negara kecil demi
kepentingannya,” dakwanya lagi.
- fmt
0 orang berkata:
Post a Comment