Obama: Bukan kami tidak pedulikan Anwar
Presiden AS Barack Obama berkata keputusannya
untuk tidak mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam
kunjungannya ke Kuala Lumpur tidak bermaksud bahawa beliau tidak
mempedulikan keadaan yang dialami oleh ketua pembangkang itu.
Dalam satu sidang media bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, beliau diminta menjelaskan mengapa beliau tidak mengulas mengenai sabitan kes Liwat II ke atas Anwar.
“Kenyataan bahawa saya tidak bertemu Anwar tidak menunjukkan kurang peduli,” katanya menurut laporan BBC.
Pemimpin PKR sebelum ini membangkitkan bahawa Obama harus bertemu Anwar sebagai pengiktirafan kepada Pakatan Rakyat yang memperolehi 52 peratus undi popular dalam pilihan raya umum lalu.
PKR juga mahu pertemuan itu menjadi pengiktirafan bahawa sabitan kes Liwat II bermotifkan politik.
Walau Obama tidak akan membuat pertemuan dengan Anwar, penasihat keselamatan AS Susan Rice dijangka akan bertemu Anwar tidak lama lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment