Thursday, May 1, 2014
SEORANG BAPA TIDAK AKAN PERNAH KENAL ERTI MALU DEMI ANAKNYA (GAMBAR)
SEPETANG DI MATRIKULASI KUALA PILAH.
Pengorbanan & Kasih sayang seorang Ayah....
Dari jendela kereta, Sedang aku menikmati makanan, kelihatan di sebelah
keretaku seorang lelaki tua terbongkok-bongkok menyusun kertas dan buku
ke dalam kotak .
Lagaknya seperti pembeli barangan terpakai: Terlintas dalam fikiran .”.Bagi sajalah kertas dan buku-buku terpakai kepunyaan anakku.. jadi tak perlu beratkan kereta dengan bahan-bahan yang akan dibuang..” Belum sempat aku bertindak, tiba2 terpancul remaja perempuan seusia anakku sambil membawa lebih banyak barang dan dihulurkan kepada lelaki tersebut.'

Ooo.. rupa lelaki itu dan aku sama-sama datang mengambil barang anak yang akan tamat matrikkulasi pada hari selasa ini. Nasib baik tak sempat tunaikan niat tadi.. kalau tidak betapa malunya aku.
Lelaki itu sekejap duduk, sekejap berdiri sambil memikirkan susun atur barangan di atas MOTOSIKALnya., tambahan pula setiap barang perlu dibungkus dengan plastik kerana hujan mulai renyai2.
Persoalannya: Apakah anak itu akan menyayangi ibubapanya sebagaimana ibubapa menyayanginya.
0 orang berkata:
Post a Comment