Maklumat Terkini!!! Perhimpunan Bantah GST... Jom Terjah!!!
KUALA LUMPUR:
Perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang telah
dilabelkan sebagai haram oleh pihak polis, akan diadakan di Jalan Raja
dan bukannya di padang Dataran Merdeka seperti yang dirancang sebelum
ini.
Jurucakap jawatankuasa perhimpunan itu, S. Arutchelvan (gambar) berkata ini adalah kerana padang itu ditutup untuk proses menaik taraf padang, seperti yang diberitahu oleh pihak polis sebelum ini.
“Kami telah mengadakan pertemuan dengan pihak polis pagi ini dan memberitahu mereka bahawa kami akan berkumpul di Jalan Raja kerana kita mahu berbuat demikian di sekitar Dataran Merdeka.

Arutchelvan berkata pihak penganjur perhimpunan itu telah menolak tawaran Stadium Merdeka dan Padang Merbok oleh polis sebagai lokasi alternatif kerana Dataran Merdeka dan lokasi disekitarnya mempunyai kepentingan sejarah.
Perhimpunan yang dirancang pada 1 Mei itu, bertujuan bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Pihak penganjur bercadang untuk berkumpul di KLCC kira-kira pada pukul 2 petang, sebelum menamatkan perhimpunan itu di Jalan Raja.
0 orang berkata:
Post a Comment