Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

27/08/14

3 Sept tarikh akhir hantar nama calon MB

Istana Selangor hari ini menghantar surat rasmi kepada parti-parti Pakatan Rakyat menitahkan mereka menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September depan.

Surat itu dihantar oleh pegawai Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan tangan kepada Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya kira-kira jam 3.15 petang.

Surat yang dialamatkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Kandungan surat yang dilihat  itu tiada merujuk sebarang nota mengenai jantina calon menteri besar dan ini bermakna Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail masih tidak ditolak Istana.

Surat itu ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Abdul Munir Bani itu.

Semalam, Sultan menangguh menerima peletakan jawatan Khalid sehingga penggantinya ditentukan.

Munir berkata, Sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon layak menggantikan Khalid.

Ia, menurut Munir lagi, bagi memudahkan sultan menentukan dan memberi perkenannya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Azizah jadi Presiden sebab Anwar block Azmin. Laki bini masuk calun presiden. Pertandingan kartun.

Kalau tidak Azizah pasti kalah dengan Azmin.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.