Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Anwar sanggah Najib, yakin kemampuan Wan Azizah teraju Selangor

(Oleh Lyn Nasir)

KUALA LUMPUR 27 OGOS: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin calon Menteri Besar Selangor yang baharu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mampu memacu dan mentadbir Kerajaan Selangor dengan lebih baik.

Kata Ketua Umum KEADILAN itu, pencalonan Wan Azizah berlandaskan kekuatan dan pengalaman beliau sebelum ini sebagai Ketua Pembangkang Malaysia dan kini merupakan Presiden parti.

IMG_6808 

Anwar malah menyangkal dakwaan Perdana Menteri bahawa pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor kerana Wan Azizah adalah isterinya. 

“Saya terkejut apabila Datuk Seri Najib heret soal isteri dalam polemik politik. Saya tak mahu terbawa-bawa dengan polemik itu.

“Memadai saya katakan bahawa Wan Azizah adalah Presiden parti, pernah menjadi Ketua Pembangkang Perlimen Malaysia.

“Saya juga tak bercadang nak bawa perbincangan ini kepada pengetahuan umum. “Pencalonan Wan Azizah ini adalah keputusan parti, bukan kerana dia adalah isteri Anwar,” kata Anwar ketika ditemui di Mahkamah  Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak dilapor berkata, ‘nepotisme terbuka’ kini sedang berlaku di Selangor di mana wakil rakyat yang sihat

disuruh meletak jawatan dan digantikan dengan isteri sendiri, kemudian satu pilihan raya kecil diadakan dan selepas itu isteri sendiri dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62735

2 orang berkata:

Anonymous said...

Perangai anwar ni mahu semua org mesti dgr cakap dia. Dia mesti jd ketua, dia merasai pakatan rakyat ni dia punya sorang. Dalam pkr boleh la dia kontrol..ini dlm pas pun dia nak kontrol juga. Sikap,cara pkr sebenarnya sudah membunuh hampir 80% kepercayaan penyokong pas dr seluruh negara. Dari tinjauan yg dibuat secara rambang hampir semua penyokong pas sudah menyampah dgn pkr...ini akan memberi kesan buruk pd pru 14 sekiranya pas masih dlm pakatan.

Anonymous said...

Asslkum Ds Anwar. Cubalah toleh ke belakang ketika anda dipecat sbg TPM dan tuduhan liwat', siapakah yg berdiri bersama mempertahankan anda.
Saya amat kesal dgn kemelot mengganti MB baru Selangor yg bermula dgn KajangMove dan kesombongan menamakan calon MB seolah2 tidak menghormati titah Sultan.
Jika terus berdegil, anda bakal menerima nasib spt kain buruk dan tiada lagi khalayak yg membela dan melindungi anda selepas ini

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.