Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN MARAH CAM NIH, BUKANKAH MEREKA NI SEMUA PROFESIONAL ?

Laporan Khas - Pakatan Rakyat Atau Pakatan Rapuh. Final.

Untuk DAP.
 
- Kemain lagi DAP pongpang2 mengangkat kaum wanita dalam pentadbiran sedangkan dorang pun tak la diperlihatkan condong mengangkat wanita dalam pentadbiran di negeri Penang. Alasan dongeng yang digunakan untuk memperbodohkan2 pengikut2 dorang. Kesian betul. Asyik2 diperbodohkan aje. Padahal kan lebih mudah mengaku aje kami setuju dengan DSWA selepas melalui proses perbincangan dan sepakat untuk menolak TSKI sebagai MB Selangor selepas mendapati kredibliti dia diragui dalam beberapa perkara. DSWA dipilih kerana itulah nama calon yang dicadangkan oleh PKR selepas PKR melalui proses berbincangan. PAS & DAP tiada hak untuk meletakkan calon kerana di Selangor, kerusi MB adalah milik PKR seperti yang dipersetujui oleh PR. Oleh kerana cadangan mereka ialah DSWA maka itula yang kami turutkan. Hah, mudah. Tak payah nak berbasa basi dengan alasan2 bangang.

- Perasan tak, dalam krisis MB DAP tak henti2 ugut PAS. Macam2 dorang cakap di media. Siap buat mesyuarat lagi bagi mengkaji kedudukan PAS dan apa perlu wujudnya PAKATAN RAKYAT kalau PAS tak sekufu dengan mereka. Hah tahu pula PAS tak ngam dengan korang. Nak goyang apa lagi. Tendang aje la PAS keluar dari PR daripada korang saling sakit menyakiti ahti masing2. Susah sangat nak berpura2 depan orang. Susah sangat nak bersatu sedangkan matlamat korang semuanya berbeza. Susah juga nak paksa pemimpin parti2 komponen untuk faham dan terima bulat2 matlamat setiap parti memandangkan korang terlalu berbeza antara satu sama lain. Dalam sesetengah perkara, berbeza itu rahmat. Tapi dalam sesetengah perkara bila berbeza ia sebenarnya menyukarkan gerak kerja korang yang mahu menjatuhkan BN.

- Satu lagi yang aku meluat dengan DAP bila mereka asyik nak mendesak PAS untuk ikut arahan dorang bulat2. Arahan? Kemon. Arahan? Korang menunjukkan satu senario yang kononnya PAS itu dibawah telunjuk korang. Tahu tak? Terutamanya dalam isu exco. DAP kemain paneh ahti lagi bila exco2 PAS tak dipecat berbanding exco2 PKR & DAP yang kena pecat serta merta. Cubaan DAP memperbodohkan rakyat juga jelas disitu apabila ;

1. Dorang minta PAS untuk boikot mesyuarat exco tapi dalam waktu yang sama DAP & PKR tak boikot mesyuarat tersebut.

2. LGE dalam keadaan emosi pongpang2 pasal sikap PAS (sebab exco tak dipecat) tapi dalam waktu yang sama dia tak pula ambil peluang untuk hubungi pemimpin2 tertinggi PAS bagi mendapatkan penjelasan dan kenapa exco2 PAS tak dipecat. Bahkan bukan dia tatau pemecatan exco PKR & DAP perlu dibuat BAGI MENGELAKKAN MEREKA MAKAN GAJI BUTA. Aku peduli hapa la korang nak bergaduh sampai mampos apa semua. Pokoknya, bila EXCO itu sendiri mengaku ;
- Taknak membantu kerja2 MB.

- Memilih melaporkan hal mesyuarat kepada parti (setiap ahli EXCO terikat kepada kerahsiaan pentadbiran negeri).
- Akan sokong parti sokong DSWA.

Maka apa perlunya ko biarkan keenam2 exco itu disitu? Ada macam tiada disebabkan taknak buat kerja. Lebih mementingkan parti daripada hak rakyat Selangor. Korang bayangkan. Jika dalam satu2 hal, mereka bocorkan kepada parti, dan parti berniat untuk ambil kesempatan, ini amanah ke? Lagipun mereka dah hilang kepercayaan kepada TSKI. Maka buat apa kerja bersama2 TSKI. Bila kena pecat patut LGE rasa gembira. Ia menjimatkan duit rakyat daripada mengaji ahli exco yang taknak perform. Bila2 masa dari sekarang selepas TSKI disahkan bebas dari jawatan dia, korang bukan tak boleh lantik semula ahli2 exco yang dipecat. Macam sial aje aku tengok dok emo depan media.

- DAP bukan la takde masalah. Banyak sebenarnya. Tapi memandangkan penulisan2 yang kutuk DAP lebih banyak dalam bahasa english, maka tak la ramai nampak betapa teruknya DAP tue. Sama teruk macam PAS dan PKR. Dorang tak lebih baik antara satu sama lain. Sama2 teruk dan sama2 ada kelemahan dan kelebihan masing2. Tapi sama2 tak pandai nak sesuaikan dengan keadaan. DAP tak boleh terima kelemahan PAS dan PKR, sama seperti PAS dan PKR tak boleh nak faham kekurangan DAP, begitu juga PAS pantang tengok kelebihan PKR dan DAP, begitu juga la PKR meluat dengan kebaikan yang ada pada PAS dan DAP. Masing2 ini berpura2 ko tahu. Ia dah tak boleh ditutup2 lagi la. Satu demi satu babak berjaya mengantoikan sikap sebenar mereka terhadap kawan2.  

Sepatutnya dorang neh kan. Jangan sembang kencang dok kutuk sesama sendiri depan media. PAS, PKR dan DAP hanya sembang kencang dok kutuk mengutuk dan kritik mengkritik sesama sendiri depan media dan akhirnya biarkan kuasa menguasai tindakan mereka. Kalau mereka takde kuasa ko ingat depa nak sangat ke berpakat? Kalau bukan kerana ada penyokong, ko ingat depa nak sangat ke bersatu? Korang boleh tengok, jika dalam PRU ke 14, PAS, PKR dan DAP hilang kuasa dalam kesemua negeri2 pentadbiran mereka, time susah, time jatuh, masing2 akan berpecah dan tinggal meninggalkan sesama sendiri. Dorang hanyalah pakatan ketika senang, pakatan untuk mendapatkan kuasa, dorang bukan pakatan rakyat. Dorang hipokrit. Dan dorang taknak orang nampak dorang punya hipokrit. Maka dorang jaja la satu demi satu cerita2 palsu untuk tutup hipokrasi mereka. Geng2 depa nanti buat2 la cerita bangang sekali. DAP, PKR DAN PAS bersatu kembali. Mana ada gaduh2. Kami happy aje. Biasalah beza sikit2 tue. HA HA HA. Cubaan bebal tipu orang ramai. Macam la aku takde kawan2 dari PAS, PKR dan DAP. Semua jenis stok kutuk sesama sendiri aku pula jenis stok kutuk semua parti. HAHAHA. Bagus aku rasakan. Kurang2nya aku berani nak cakap apa yang aku rasa. Tak payah tapis, tak payah simpan jauh sekali nak berpura2. Hidup berpura2 neh penat kot. Lepas tue hidup berlagak baik. Padahal bukan la baik mana pun. 
Kesimpulannya korang boleh nampak ;

1. PAS tak terima TSKI dipecat jadi dorang buat macam2 ragam sampaikan sanggup mempergunakan UMNO untuk mencapai maksud politik mereka. Aku tak kisah kalau dorang betul2 nak pertahankan TSKI atas alasan dia tak bersalah, tapi aku tak faham. Kenapa nak heret UMNO dalam pertelingkahan dalaman PARTI? Korang tak boleh selesaikan masalah korang tanpa babitkan UMNO ke kat sini? Lagi satu, apa salahnya PAS amek peranan nasihat kepada PKR dan DAP agar gunakan undi usul tak percaya ketika dewan masih bersidang ketika itu? Kenapa PAS tak mainkan peranan selesaikan masalah berbanding menambah2kan lagi masalah yang sedia ada? 

2. PKR pula berdegil mahukan DSWA sebagai MB atas alasan TSKI sudah tidak relevan lagi. Dorang sanggup pecat TSKI bukan kerana dia teruk tapi disebabkan nak halang PAS sokong TSKI memandangkan PAS masih menyokong TSKI atas alasan dia ahli PKR. Apa neh? Adil ke? Seseorang dipecat hanya kerana kawan (parti PAS) ko memilih untuk sokong dia? Jadi bagi memutuskan sokongan tersebut, TSKI dijadikan mangsa. PAS dan PKR bergaduh TSKI duduk kat tengah2 jadi mangsa keadaan. Ini betul ke cara neh? Yang bangangnya PKR nak sangat tukar MB, bila sultan dah beri kelulusan, dan terima surat perletakkan jawatan MB (TSKI hantar surat berhenti ikut protokol) hanya tunggu PR hantar nama2 calon (3 nama) PKR dan DAP boleh pula buat wayang degil dorang. Takde sapa2 larang PKR hantar nama WAN AZIZAH. Hanya tambahkan 2 nama lain selain dari DSWA dah la. Dorang nak masalah ini SELESAI ataupun tidak? 

3. DAP pula berjaya mendedahkan wajah hipokrasi dorang yang kononnya selama ini menerima PAS sebagai rakan seperjuangan tapi hakikatnya dorang hanya menganggap PAS sebagai parti yang hanya layak terima arahan dan tak berhak buat keputusan ataupun ada pendirian sendiri. Bila DAP berbeza dalam isu hudud, DAP berhak berbeza dan PAS perlu terima. Tapi bila PAS berbeza dalam isu MB, PAS tak boleh berbeza dan PAS sedang buat hal bagi menghancurkan PAKATAN RAKYAT. Ini apa neh? Nak buli orang aje.

Mane meraikan kepelbagaian pendapat korang? Taktik demi taktik dilakukan untuk mendapatkan lebih ramai orang melayu dalam DAP supaya parti2 itu dianggap meraikan kepelbagaian kaum padahal ini la strategi depa untuk meraih undi dan kepercayaan orang melayu tanpa bergantung harap kepada peranan PKR dan PAS. 
Bukan la tidak baik. Ini strategik yang bijak bagi mereka yang mahu berfikir. Yang bodohnya PKR dan PAS. Sebab tak mencari peluang untuk memperbaiki kekurangan diri hanya pandai halau orang keluar parti bagi mereka yang tak bersetuju. Bijaknya DAP. 

Teruk sangat cara PKR, DAP, PAS uruskan masalah mereka. Gagal uruskan perbezaan dengan matang. Gagal selesaikan masalah dengan berhemah. Gagal buktikan yang mereka ialah pakatan rakyat. Apa yang aku nampak sekarang hanyalah pakatan rakus. Pakatan yang rakus bersatu dan berpakat demi mendapatkan kuasa dan sesuatu manfaat. Ini ke parti harapan untuk mengantikan BN? Nanti ada la yang bagi alasan. Mereka masih baru, masih muda beri peluang untuk perbaiki kelemahan. Masih baru, masih muda bukan isu tapi MASALAHNYA  SEKARANG MEREKA TAK BERSEDIA NAK RAIKAN KRITIKAN DAN MEREKA JUGA TAK BERSEDIA NAK MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN RAKYAT DALAM SETIAP TINDAKAN2 YANG DIAMBIL OLEH MEREKA. BN dulu bermula beginila untuk menjadikan mereka teruk seperti sekarang.

Mereka sangat suka menipu dan sudah kantoi banyak kali. Mereka menipu macam pemimpin2 BN menipu kita. Penyokong2 mereka cuba menipu rakyat macam penyokong2 BN cuba menipu kita. BN & PR ialah sekumpulan penipu yang sedang melakukan penipuan dalam skala besar-besaran demi mendapatkan sesuatu manfaat dan kepentingan. Sedikit dari mereka bebas dari unsur2 penipuan dan benar2 ikhlas dalam kerja mereka. Tapi sebilangan besar dari mereka sedang mengabaikan amanah rakyat yang sebenarnya. Macam mana nak ajar dorang neh. Bukan kah sudah sepatutnya rakyat memasuki frasa hilang kepercayaan terhadap parti politik? Jangan salah faham. Hilang kepercayaan terhadap parti politik bukan bermaksud kita tak mengundi. Hilang kepercayaan terhadap parti politik bermaksud apa sahaja yang mereka suapkan pada mereka, kita tak terima bulat2. Kita hanya terima fakta dan bukan tengok siapa yang bercakap. Semakin kita didik diri kita untuk hanya terima fakta, semakin sukar parti2 politik ini nak menipu dan mempergunakan kita demi mencapai tujuan mereka. Tidak kah kita sedar kelemahan terbesar kita ialah meletakkan kepercayaan dan harapan kepada parti secara berlebihan2 sehingga mengabaikan satu hakikat bahawa jika rakyat macam kita kalau bersatu, mana2 parti politik yang mempermainkan hak rakyat boleh melingkup sekelip mata disebabkan kita berfikir ikut akal dan bukan ikut parti?

1 orang berkata:

Anonymous said...

Anwar & ajijah ni x rasa malu ka...dok canang diri nak jd ketua.
Rebus KETUM lg sedapp

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.