PPS: Serah diri atau kami serbu rumah
SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi
amaran kepada pihak yang terlibat dengan anggota Pasukan Peronda
Sukarela (PPS) supaya menyerah diri sebelum pihaknya membuat serbuan di
rumah masing-masing.
“Tindakan segera Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ke atas PPS di Pulau Pinang. Eloklah mereka yang bertanggungjawab ke atas PPS ini segera menyerah diri sebelum kami serbu kediaman,” ujarnya menerusi laman mikro Twitter miliknya, hari ini.
Pagi tadi, 250 anggota PPS Pulau Pinang ditangkap selepas menyertai perbarisan sambutan hari merdeka peringkat negeri yang diadakan di Georgetown.
Mereka ditahan oleh sepasukan polis pada jam 10.15 pagi sejurus selepas menamatkan upacara rasmi perbarisan yang merupakan sebahagian daripada perarakan tahunan diadakan di Padang Kota Lama.
Mereka ditahan di Balai Polis Lebuh Pantai yang berhampiran untuk disoalsiasat. Polis mengepong balai polis itu dari dimasuki orang luar dan dikawal Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Khalid pada 26 Ogos lalu berkata, PPS bukanlah pertubuhan yang sah kerana ia tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini tegas mempertahankan PPS dan akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang mempertikaikan pasukan berkenaan.
Beliau juga turut mengingatkan Khalid supaya 'fikir masak-masak' sebelum mengambil tindakan.

0 orang berkata:
Post a Comment