Selasa, 26 Ogos 2014
Polis curi kereta: Bukit Aman terkejut
Harapkan
pagar, pagar makan padi. Begitulah keadaannya apabila lima orang polis
menjadikan kegiatan mencuri kereta sebagai `kerja sambilan'.
Antara yang ditahan ialah seorang anggota yang diberi tanggungjawab mengumpul maklumat perisikan mengenai kes kecurian kereta. Dia bukan sahaja tidak melaksanakan tanggungjawab yang diberikan, malahan bekerjasama dengan empat rakan polis yang lain untuk mencuri kereta.
China Press melaporkan, kelima-lima anggota tersebut ditangkap Ahad lalu dan mengakui penglibatan dalam satu kes kecurian kereta dan satu kes peras ugut.
Namun polis tidak menafikan kemungkinan mereka bekerjasama dengan sindiket antarabangsa untuk melakukan penjualan kereta curi.
Pihak atasan Bukit Aman dilaporkan amat terkejut dan marah dengan kejadian itu dan sudah mengarahkan siasatan segera dijalankan untuk membersihkan pasukan polis daripada anggota tidak amanah.
Difahamkan kejadian itu terbongkar apabila polis menerima maklumat mengenai kewujudan sebuah kereta curi di depan sebuah restoran di ibu negara, mata-mata dari ibu pejabat polis daerah Sentul seterusnya dihantar untuk menunggu kemunculan suspek.
Selepas tiga jam 30 minit, suspek keturunan Melayu muncul dan bergelut dengan polis yang sudah lama menyamar di kawasan berhampiran.
Apa yang mengejutkan, suspek yang ditahan rupa-rupanya merupakan rakan setugas yang bekerja dalam bahagian perisikan Bukit Aman.
China Press melaporkan, kereta Honda dalam kes itu merupakan kereta yang dilaporkan hilang di Nilai, Negeri Sembilan dan suspek dipercayai berniat menjualkannya kepada sindiket curi kereta.
Penahanan suspek pertama seterusnya membolehkan polis melakukan siasatan ke atas empat lagi suspek, kesemuanya juga merupakan polis yang berkhidmat di Bukit Aman.
Kelima-lima suspek dikatakan mengakui bahawa kereta hilang tersebut adalah hasil peras ugut ke atas seorang pekerja asing dari Indonesia.
Polis berkenaan bukan sahaja memeras ugut RM10,000 daripada pekerja Indonesia tersebut malahan 'menyita' kereta Honda yang dibawanya.
Semua suspek seterusnya bercadang menjualkan kereta Honda tersebut kepada seorang `orang tengah' dari Indonesia, sebelum ditahan polis.
0 orang berkata:
Post a Comment