Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK TIDO MALAM LA MEMIKIRKANNYA


NAMA WAN AZIZAH MASIH SAMAR DI DALAM SENARAI PENCALONAN MB SELANGOR, MUNGKIN WAN AZIZAH TERSENARAI, AZMIN ALI MEMANG MUNGKIN TIDA DISENARI KERANA DIA MENGHORMATI PARTI DAN DIA MENOLAK, OK SEKARANG MUNGKIN PAS AKAN MENYENARAIKAN DUA ORANG AHLI PKR YANG KITA TIDAK TAHU SIAPA, MUNGKIN SALAH SEORANG TIMBALAN SPEAKER DAN SEORANG LAGI MUNGKIN NAMA YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA, MAKA NAMA YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA ITULAH NANTI JADI PILIHAN SULTAN - Pak Karamu

Khamis, 28 Ogos 2014

PAS Selangor enggan sahkan nama Azizah tersenarai antara 3 ADUN PKR

Post Pic
SHAH ALAM: PAS Selangor enggan mengesahkan samaada parti itu akan mengemukakan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar negeri itu bersama dua nama lain.
 
Pesuruhjayanya, Iskandar Abdul Samad sebaliknya hanya memberitahu PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat sekali lagi bagi memuktamadkan senarai nama yang dipilih.
 
Iskandar turut memberitahu PAS Selangor tidak pernah mencadang mana-mana nama ADUN PKR negeri itu sebaliknya menyerahkan urusan pemilihan itu sepenuhnya kepada PAS Pusat.
 
"Saya tak mahu komen pasal hal itu (senarai nama calon).
 
"Kami akan mengikut keputusan PAS Pusat, dan mungkin mereka akan adakan mesyuarat sekali lagi," katanya yang ditemui media selepas menghadiri Majlis Tindakan Ekonomi Selangor hari ini.
 
PAS semalam memberitahu parti itu akan mengemukakan tiga nama ADUN PKR untuk dinilai Sultan Selangor bagi mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
Parti itu juga tidak akan sesekali menuntut jawatan itu sementelah ia adalah milik PKR, sepertimana yang dipersetujui Pakatan Rakyat sebelum ini.
 
PAS sebelum ini mahu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dinamakan sebagai calon disamping Azizah.
 
PKR dan DAP tidak bersetuju malah Azmin sendiri menolak pencalonan itu kerana kononnya mengutamakan kepentingan parti.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Siapa suruh tak tidur. Bukan urusan kita sangatpun.

Anonymous said...

Umno x tido mlm dok pikiaq knp x bibar dun

Anonymous said...

Umno akan terkubor di pengkalan kubor..

Anonymous said...

Pas dan pakatan bertanding dlm pilihanraya melawan umno/bn serta smua agensi kerajaan JKR/MARA/MADA/LEMBAGA2/FELDA/ dan boleh kata smua agensi,kalau nak tau tgk sendiri kenderaan yg ada masa pilihanraya.. Mknanya PAS dan pakatan lgi hebat melawan dgn duit ahli2 sendiri.. Sebabnya mereka guna duit kita- rakyat. SIAPA YG GENTELMAN..DAN HEBAT??

Anonymous said...

Ya betul mmg Pas anak jantan..hebat. Ish seriau kalau depa kalah habis lah..qoibul quyuk.. Xda apa dh. Bendera pn xleh beli jgn kata nk upah pasang pi....... Tinggal sejarah saja.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.