Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pakatan tetap kemuka 1 nama calon MB: Wan Azizah

(Oleh Lyn Nasir)
KUALA LUMPUR 26 OGOS: Pakatan Rakyat tetap akan mengemukakan satu sahaja nama yang akan dipersembah kepada Sultan Selangor sebagai
calon Menteri Besar. 

Demikian penegasan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya berhubung keputusan KEADILAN dan DAP malam tadi untuk menghantar hanya satu nama sahaja calon Menteri Besar Selangor walaupun Sultan Selangor menitahkan setiap parti mencalonkan lebih dua nama.

Anwar berkata, penetapan itu berdasarkan sokongan majoriti 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor secara Akuan Bersumpah yang diperolehi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ini.

IMG_6770 

Malah kata Anwar lagi, keputusan itu adalah hasil sebulat suara PAS dan DAP untuk mencalonkan nama Wan Azizah sebagai satu-satunya calon tunggal bagi jawatan tersebut.

“Dalam semangat Pakatan Rakyat, ini adalah kerusi KEADILAN dan keputusannya, kita perlu hormati kerjasama ini dan PAS menyertai proses membuat keputusan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos.

“Dalam pilihan raya umum lalu, pendekatan yang sama diambil apabila Sultan meminta empat nama, namun hanya satu nama yang dicalonkan iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Jadi, KEADILAN berhak untuk dihormati sebagaimana KEADILAN tidak pernah mempertikaikan isu calon MB PAS di Kedah, Perak dan Kelantan,” kata Anwar di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas perbicaraan saman fitnahnya terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini.

Mengulas tentang seorang lagi nama calon Menteri Besar yang dicadangkan PAS, Anwar berkata, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali sudahpun membuat kenyataan untuk turut bersetuju dengan keputusan parti yang meletakkan Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi
jawatan itu.

“Kita sedar ada perbezaan pendapat antara dua nama dengan satu nama dan juga tentan mengesahkan satu nama dan mengambil kira satu nama lain. “Kedudukan Azmin sudah dibawa tetapi kita perlu menghormati keputusannya, beliau mematuhi keputusan parti dan menandatangani kenyataan bersumpah untuk menyokong Wan Azizah,” ujar Anwar. 

Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lalu mengumumkan Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk menggantikan Abdul Khalid yang dipecat daripada KEADILAN pada 9 Ogos kerana enggan meletakkan jawatan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62738

2 orang berkata:

Anonymous said...

Sultan tidak minta nama calon daripada pakatan. Sultan minta nama calon drp.setiap parti. Pas ,dap dan pkr
.tidal timbul isu pakatan. Pr bukan sebuah entiti yang berdaftar
Jadi tak ada nilai dari segi undang undang. Sebab itu spr tiddk pernah iktirag pr.
Boleh aziz bari sahkan yh.pr ini halal dari segi undang undang

Anonymous said...

Anwar tetap keras kepala dgn caranya, jgn salahkan pas berkeras dgn cara pas..jgn salahkan org lain

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.