Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, August 31, 2014

Exco Pulau Pinang turut ditahan polis kes PPS


Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh ditahan polis jam 6.30 petang ini susulan penangkapan seramai 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di George Town pagi tadi.

Phee sebelum ini mengaku bertanggungjawab sepenuhnya ke atas PPS, badan yang ditubuhkan di bawah kerajaan negeri tetapi tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Anggota PPS ditahan sepasukan polis jam 10.15 pagi sebaik sahaja mereka menyertai perarakan hari kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota Lama.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran akan menangkap anggota PPS sekiranya meneruskan aktiviti mereka, dan menuduh badan itu terpesong dari matlamat penubuhannya empat tahun lalu iaitu berkhidmat kepada masyarakat.

Mengulas perkara itu, Phee melahirkan kekecewaan terhadap tindakan polis sambil mengaku terdapat dua tuduhan salahlaku melibatkan sebilangan kecil anggota PPS.

Dalam kes pertama, seorang anggota mengaku bersalah dan meminta maaf kerana menyerang seorang wartawan, sementara kes kedua masih dalam siasatan.

"Hanya kerana dua insiden ini, mereka hendak membubarkan PPS," katanya, sambil menambah pasukan itu banyak membantu masyarakat dalam kesusahan dan kecemasan seperti ketika banjir, kebakaran dan kemalangan jalan raya lapor The Malaysian Insider

1 orang berkata:

Anonymous said...

PPS tak perlu wujud nanti merebak pula ke negeri lain. Tan Sri KPN, cegah sebelum parah.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.