Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI TIGA ORANG WANITA KENA JUMPA SULTAN

Muslimat PAS Bersama Wanita PR Sokong W Azizah Sebagai MB Tanpa Syarat

Wanita Pakatan Rakyat bersatu dalam menyatakan sokongan tanpa syarat untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Demikian menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh tiga ketua wanita parti tersebut iaitu, Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita DAP Chong Eng, Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff.

“Kami telah bersama-sama bersatu dan mengukuhkan sokongan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor” kata kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan yang sama, Wanita Pakatan berkata majoriti menunjukkan 30 dari 43 Ahli Undangan Negeri sudah bersetuju Wan Azizah sebagai MB.

Mereka turut mempersoalkan sekiranya Wan Azizah adalah lelaki adakah pelantikan beliau sebagai MB akan diadili.

Dengan berbekal semangat demokrasi, Wanita Pakatan turut menekankan bahawa perlembagaan negeri tidak menyokong diskriminasi terhadap jantina dan seterusnya tidak menghalang wanita menjadi pemimpin sesebuah negeri.

Wanita Pakatan turut menggambarkan Wan Azizah sebagai seorang wanita besi yang tabah menerima segala dugaan bersama suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta keluarga.

“Dari tahun 1998 sehingga kini, sudah 16 tahun Wan Azizah menghadapi segala tohmahan dan dugaan pada suami dan keluarganya.

Pilihan untuk beliau melangkah keluar dari kancah politik sentiasa ada, namun dengan sikap dedikasi kepada keluarganya, PKR dan Malaysia membuatkan beliau lebih tabah dalam perjuangannya untuk keadilan, demokrasi dan kebebasan” kata kenyataan itu lagi.

Sebelum ini 30 ADUN Pakatan Rakyat di Selangor menyatakan sokongan Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baharu.

Sokongan tersebut sekali gus menandakan ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang kepercayaan majoriti di Selangor untuk terus kekal sebagai Menteri Besar. -aa

4 orang berkata:

Anonymous said...

Muslimat pas tidaj boleh over rule keputusan jk pusat. So tak payahlah ketua muslimat pas nak jadi mulut longkang juga.

Anonymous said...

Pecat ler smua muslimat pulak..harap serban jer tebal..sombong nak mampus..ingat PAS ni dah hebat sgt ker..pasal tu ler Allah tak bagi kemenangan secara total kepada PAS untuk perintah Malaysia..Terhegeh2 nak joint UMNO..Ustaz2 UG tu dah buta mata hati ker

Anonymous said...

Uztaz ug tak buta hati.kerana celik lah maka timbul isu ug. Sbb. Dalam pakatoon,kuasa dan suara melayu terlalu lemah. Kerana pakatoon menang banyak kerusilah ,bukan islam semakin biiadap,memperlekeh islam
Dan akhir akhir ini,berani pula menderhaka kpd.raja.
Kalau uztaz buta hati kerana ug,,BUTA APA PULA ANWAR BILA PI JUMPA NAJIB UNTOK KN?KALAU TAK BUTA,MUNGKIN GILA
TAPI GILA APA NAMA NYA?

Anonymous said...

ingat UMNO nak sangat dengan PAS ker...abis MCA,MIC & Gerakan nak duduk diam bila ada UG..PAS pernah ditendang keluar dulu oleh BN..masih percaya lagi dengan UMNO..kalau ler Ustaz2 ni nak buat experiment..silakan..apa jaminan Islam/Hudud dapat ditegakkan di Malaysia selagi UMNO dikelilingi oleh MCA,MIC & Gerakan?

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.