Rabu, 27 Ogos 2014
MESTI AZIZAH UNTUK LAKSANA AGENDA KN?
Isu Menteri Besar Selangor sudah semakin meleret. Patutnya
sudah selesai. Tetapi kedegilan menjadikannya semakin kalut. Berbagai strategi
di catur bagi segala kemungkinan. Tindakan PAS terkini di lihat sebagai tidak
membawa apa apa erti kepada sesetengah pemerhati yang cenderumg kepada Anwar.
Memang menarik kalau sapa yang nak belajar politik. Isu
Selangor dan isu Perak sudah cukup sebenarnya bagi sesiapa yang ingin menjadi
ahli politik sambilan. Isunya kompleks. Keinginannya tinggi. Nafsunya besar….Jalannya
bersimpang siur. Pagarnya tinggi tinggi…. Boleh lompat bagi sesiapa yang ada
kemampuan… dan rahsianya sangat teguh..
Persoalan besar yang berlegar dalam kepala otak aku dengan
apa yang berlaku hari ini adakah bertujuan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim
sebagai Menteri Besar Selangor atau meletakkan Anwar yang diwakili Wan Azizah
sebagai Menteri Besar Selangor. Ia persoalan pokok bagi sesiapa yang meneliti
dan menaakulI perjalanan konflik ini.
TSKI di julang sebelum PRU 13 sebagai MB terbaik dalam
pengurusan. Tiada salah laku yang di buat TSKI dalam pengurusan Selangor. TSKI
adalah contoh kehebatan dan ketelusan MB Pakatan Rakyat. Angka simpanan
Selangor menjadi kebanggaan kempen Pakatan Rakyat bukan hanya di Selangor
tetapi seluruh Negara di jaja kehebatan TSKI.. Tiba tiba kehebatan itu lenyap
serta merta.
Perletakkan jawatan oleh ADUN Kajang mengejutkan. Ribut tak
de, awan pun cerah je.. tak pasal letak jawatan. Tak susah di jangka kerana Strategi
PKR sememangnya begitu.. letak jawatan adalah jalan pintas untuk ganti orang…
Dari Azizah letak MP Permatang Pauh sampai le beberapa penggantian yang
langsung tak memperdulikan keresahan rakyat. Kali ini di katakan langkah Kajang…
untuk ke Putrajaya… semakin pening… Kajang ke Putrajaya???
Anwar diistiharkan Calon… walaupun pada awalnya menafikan. Pengumuman
Anwar sebagai calon Kajang juga adalah jelas sebagai langkah menjadikan Anwar sebagai
MB walaupun dinafikan anwar ( tipu lagi). Langkah Kajang ini di nobatkan
sebagai langkah Putrajaya… ( sepatutnya ramai yang bertanya… apa kaitannya
dengan Putrajaya)… hanya untuk menarik
minat tetapi tak lebih slogan kosong ( melainkan adanya perbincangan dan
strategi lain di sebaliknya). Angin yang tempias di telinga aku bagi tau… Anwar
menjadikan Erdogan dan terkini Jokowi yang pernah mentadbir Bandar terbesar dan
maju sebagai langkah menjadi Presiden dan PM di negeri masing masing. Bagaimana
langkah itu di susun??? Dikhabarkan sebahagiannya ada dalam plan Konsesius
Nasional - KN. Hebatnya pakar strategi merancang.. he..he.. itupun kantoi juga…
Persoalan yang aku nak focus kali ini ialah apakah langkah
PKR menggantikan TSKI ini sehingga menjadikan PR kalut ini adalah langkah
MENGGANTIKAN TSKI ATAU MELETAKKAN AZIZAH SEBAGAI MB??
Jika bertujuan menggantikan TSKI atas alasan beliau
bermasalah dengan parti, maka sewajarnya PKR berlapang dada dengan sesiapa
sahaja calon yang di angkat. Apatah lagi PAS sudah bermurah hati menyerahkan
kepada PKR untuk memilih calon lain. Sebagai tanda setia kawan, PAS mencalonkan
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon alternative kerana PAS telah di
maklumkan baginda Sultan menolak WAWI sebagai MB. Azmin adalah Timbalan
Presiden dan orang harapan serta kesayangan Anwar sehingga menyebabkan Ezam merajuk
dan talak tiga dengan Anwar. Apakah Anwar tak percaya kepada Azmin???. Jika
benar, ia satu kerugian kepada PKR kerana Penasihat umum tak percaya dengan
Timbalan Presiden sendiri…. Berat tu… Aku nak Tanya orang PKR dan yang sejiwa
dengannya… apa salah terima ajer nama Azmin sebagai cadangan kedua sebagaimana
di minta istana untuk elak kekalutan berpanjangan…. Kita bukan nak buang nama
azizah… Cuma sebagai cadangan kedua…. Untuk kebaikan…
Tiada alasan kukuh PKR menolak timbalannya sendiri menjadi
menteri Besar sedangkan Azmin sudah lama bergelumang dengan PKR Selangor dan
menjadi orang kanannya… Kalau ikut kelayakan… dan senioriti dalam PKR Azmin
memang layak… Ia juga punya hubungan yang sangat rapat dengan Anwar….. dulunya….
Mengapa PKR dan DAP bermatian mempertahankan WAWI sedangkan
telah di ketahui bahawa istana tak berkenan dengan bini anwar tu. Jika hanya
untuk gantikan Khalid, ia sudah boleh berlaku kerana Khalid pun dah bagi tau
istana dia nak letak Jawatan.
Apakah kata kata Rafizi yang di anggap hilang akal oleh
bekas ketua Pemuda PKR yang kini Naib Presidennya mempunyai maksud yang sangat besar.? Rafizi
menyatakan sanggup kehilangan Selangor untuk menggantikan TSKI dengan WAWI.
Apa strategi sebenar
PKR khususnya untuk meletakkan WAWI sebagai MB Selangor setelah undang undang
menghalang Anwar Ibrahim. Apakah strategi itu berkait dengan KN yang di
dendangkan akhir akhir ini? Penyelesaian luar mahkamah empat pemimpin kanan PKR sangat menimbulkan
tanda Tanya. Jika penyelesaian hutang TSKI menjadi tanda Tanya… sewajarnya
penyelesaian luar mahkamah berturut turut pemimpin kanan PKR ini juga menjadi
persoalan.
Aku pelik sangat sebab PKR berkeras ingin WAWI menjadi MB
Selangor. WAWI bukan anak Selangor. Dia juga boleh di katakana orang baru dalam
politik Selangor. Karektor WAWI sebagai ahli politik tidak lebih di bayangi
oleh Anwar. Yang lain …hampeh…. Bukti yang
ada menjelaskan….
Saifudin pulak berkeras bahawa sesiapa yang mengaitkan perlantikan
WAWI dengan isu Kronisma patut keluar dari PKR… segarang dan semarah itu
mereka. Bersungguh benar untuk menjadikan WAWI sebagai MB Selangor.
PKR yang turut mengheret DAP sanggup berdepan dengan istana.
Seakan PKR lupa kuasa yang ada di istana
dalam perlantikan Menteri Besar. Seakan mereka juga lupa hubungan dan kesetiaan
rakyat terutama orang luar Bandar dengan istana sedangkan PR sangat
mengharapkan undi luar Bandar. Apakah mereka hilang kewarasan semata mata untuk
meletakkan WAWI sebagai MB Selangor…
Kesungguhan PKR dengan mengajak DAP menyokong kuat usaha
meletakkan WAWI sebagai MB Selangor meyakinkan aku ada agenda lain selain
menyingkirkan TSKI. Cumanya mereka belum mendedahkan. Aku langsung tak percaya
dengan sebarang pengumuman Anwar kerana dalam langkah kajang secara terang
Anwar menipu… dia menafikan menjadi Calon dan langkah Kajang sebagai usaha
singkirkan TSKI. Malah aku juga tahu beberapa penipuan anwar sebelum ini.
Mari kita tunggu.. apa strategi sebenar Anwar bersama pakar
pakarnya… bagi aku…semua itu ada kaitan dengan KN yang di senyapkan dan di
selindung di bawah karpet…. MARI KITA BERTANYA…. APAKAH KITA INGIN GANTIKAN
KHALID ATAU MENGANGKAT AZIZAH…. ???
4 orang berkata:
Budak2 pkr patut buka mata & telinga.
Bukan tadah telinga dan jd bodoh ikut pak turut.
Pr menang so what dia orang nak letak sapa ikut suka pr. Kalau bn menang ikut suka bn nak letak sapa pun patutnya dah selesai kalau ikut majoriti ahli dewan. Yg jadi masalah umno dok sekat sultan supaya tak terima wan azizah jadi mb bukan rakyat tak tau. Ya Allah bagi putrajaya di takbir pr teringin nak tengok umno mengelupor....meluat dgn umno.
Hak sultan kita kena hormat.
Sultan mesti nak lantik penasihat beliau yg beliau suka..lagipun sultan minta drp ahli pakatan bukan umno. Cuba belajar hormat apa yg sultan mahu..knp nak pertahan juga wan azizah..x de ka adun pkr lain yg hebat. X suka azmin..ok boleh diterima byk lagi adun pkr yg lain.
Kenapa perlu ajijah..ajijah..ajijah
Calon PKR yg jdi Adun Selangor semua tak layak jadi MB. Azizah yg terbaik. Kau org semua kena terima hakikat ini. Jangan menderhaka kpd ketua, faham?
Post a Comment