'Tolong berhenti politikkan MoU'
GERAKAN Pengguna Negeri Selangor (GPNS) menggesa Pengarah Strategi PKR,
Rafizi Ramli (gambar) agar berhenti mempolitikkan kandungan perjanjian
persefahaman (MoU) mengenai isu penstrukturan industri air di Selangor
antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan.
Pengerusinya, Datuk Dr Jacob George berkata, Rafizi tidak sepatutnya
berbuat demikian kerana rakyat bimbang dengan risiko kekurangan bekalan
air bersih apabila paras air simpanan kini berada di paras kritikal.
“Saya lihat Rafizi begitu kebudak-budakan dalam kes ini kerana mendakwa beberapa pihak berkonspirasi dalam isu pengambilalihan industri air.
“Sebagai Pengarah Strategi PKR, Rafizi sepatutnya menggunakan kebijaksanaan beliau untuk menyokong kerajaan negeri bagi mempercepatkan proses pengambilalihan industri air di Selangor dan bukannya melengah-lengahkan lagi dengan isu konspirasi,” katanya.
Menurutnya, tindakan Rafizi telah menimbulkan teori konspirasi pengambilalihan air antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan syarikat konsesi air.
“Bila mereka cuba hendak membina isu yang baru dan menangguhkan proses (pengambilalihan air) kita akan demonstrasi depan ibu pejabat (PKR).
“Ribuan akan protes. Ini bukan politik tetapi (melibatkan isu) pengguna tulen. Kita tidak campur urusan politik,” katanya.
Katanya, sebagai persatuan pengguna, pihaknya menekankan agar isu air di Selangor tidak dipolitikkan lagi kerana rakyat negeri itu kini sedang menderita dan sengsara dengan masalah bekalan air yang berlaku.
Rafizi, sebelum ini sering mempertikaikan MoU penstrukturan air apabila mendakwa perjanjian itu tidak membawa keuntungan kepada rakyat dan lebih memihak kepada Putrajaya dan mengatakan bahawa terma perjanjian air akan dikaji sekiranya Selangor ditadbir urus oleh menteri besar baru.
“Kerajaan negeri memiliki 30 peratus saham Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan segala terma perjanjian dan pampasan juga melibatkan kerajaan negeri.
“Jadi adalah tidak matang apabila Rafizi mengatakan bahawa terma perjanjian air perlu dikaji semula padahal terma perjanjian tersebut ditetapkan oleh kerajaan negeri sendiri,” katanya.
Tambahnya, Rafizi perlu mendapatkan fakta yang betul sebelum mendakwa wujudnya konspirasi di kalangan syarikat konsesi air dan menteri besar dalam usaha kerajaan negeri memastikan bekalan air mencukupi.

3 orang berkata:
dia kan babi
Ini ialah.pakar kajang move yg menjadi khalid move..ha..ha
Kena baca betul2 isi kndungan perjanjian tu....
1. Konsesi syabas yg membekalkan air bersih di ng selangor
2. Konsesi pembinaan loji pembersihan air "langat 2"
PR sepakat utk x melksanakan langat 2 krna ada alternatif lain yg lbh efisyen utk meningkatkan bekalan air brsih d slaangor & kwsn lembah klang!
PR stju dgn pngambilalihan syabas utk diurus tadbir oleh krjaan ngri tpi dgn trrma & syrat trtentu yg x merugikan krjaan & rakyat!!
Namun kputusan MOU2 trsebut dilakukan sndri ole TSKI tnpa mrjuk ke MT PR yg mna ini 1 pngkhianatan kpd jamaah!!
Kena bezakan DASAR PR yg telah dimufakatkn & DASAR KERJAAN NGRI yg TSKI hnya prlu rjuk & ptuskan melalui Exco krjaan shja!!
Kena fahami betul2!!
Mnta kpimpinan akar umbi dlm PR khsusnya PKR usah terus melatah & mngrluarkan plbagai knyataan yg mrka sndri x faham!!
Skli pn mrka faham usah kritik scra trbuka pkra yg mnjdi DASAR PR krtik guna saluran yg betul.. kelak mnimbulkan konflik ahli & kgelisahan pnykong2 PR hnga bole mnjdi peluru kpd musuh ntk mnyrang PR!!
Kpd pnykong2 PR & pndokong pjuangn PR & yg tlh mmberi kprcyaan PR utk menidakkan mjoriti 2/3 BN, usah hilang fokus & hala tuju prjuangan utk berubah..
Teruskan perjuangan demi generasi akn dtg..!!
Politik harmoni... hujah lwn hujah.. bukan hujah lwn terjah!!
Post a Comment