Mustafa enggan ulas 'perang' antara Pas, DAP
SHAH ALAM - Pas hari ini enggan mengulas mengenai kekeruhan perhubungan Pas dan DAP yang seakan menemui titik buntu dalam PR.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Sinar Online berkata, buat masa sekarang pihaknya masih tidak boleh memberikan penjelasan terhadap kekeruhan yang dialami Pas dan DAP.
Katanya, segalanya mungkin akan diselesaikan menerusi pertemuan ketiga pemimpin PR yang akan berlangsung tidak lama lagi.
“Apa yang penting, buat masa sekarang kami (Pas, DAP) masih berada dalam PR.
“Nantilah.. Bila semua (pertemuan) sudah selesai, baru kita boleh bercakap mengenai hal ini. Sekarang saya tak boleh cakap apa-apa lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Sebelum ini, Mustafa dalam satu kenyataan berkata, isu perbalahan antara pemimpin Pas dengan DAP berhubung pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang bakal diselesaikan dalam satu pertemuan.
Tambah Mustafa, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai 'orang tengah' untuk menyelesaikan perkara itu dalam masa terdekat.
[ARTIKEL BERKAITAN: Isu PBT: Mustafa mahu jumpa Anwar segera]
Mustafa juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai andaian NGO Ikatan Muslimim Malaysia (Isma) yang mendakwa DAP cuba menakluki seluruh negara menerusi PBT.
"Hal itu saya tak mahu komen. Itu hal dia (Isma) untuk keluarkan kenyataan. Kita tak ada kena mengena," tegasnya.

0 orang berkata:
Post a Comment