Dalam Pas banyak 'syaitan', kata perwakilan Kedah
SERDANG - Perwakilan Dewan Ulama Pas Kedah, Mohamad Fauzi Hussin
menggesa kepimpinan Pas Pusat segera membersihkan parti itu daripada
unsur pengkhianatan yang disifatkannya sebagai 'syaitan dalam jemaah'.
Beliau berkata kewujudan pengkhianat itu adalah mereka yang tidak memberi ketaatan atau wala' kepada kepimpinan parti yang hanya memecahbelahkan parti gerakan Islam itu.
"Dalam konteks kita berjemaah, jika dalam masjid ada syaitan, maka dalam jemaah ini (Pas) berapa banyak syaitan yang wujud.
"Tak sempurna Islam kalau kita tidak berada dalam jemaah, melainkan kita dalam jemaah, tidak ada jemaah jika tiada kepimpinan.
"Sebab itu wala' kepatuhan ketaatan dalam jemaah merupakan persoalan pokok," katanya ketika membahas ucapan dasar Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yakob pada Multaqa Ulama Semalaysia II di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), di sini, hari ini.
Terdahulu, Menteri Besar Kelantan itu mendakwa perbuatan tidak taat kepada pimpinan tertinggi bermakna seseorang itu telah menempah dosa kerana telah melanggar baiah yang telah di ikat antara dirinya dan ALLAH SWT.
Katanya lagi perbuatan tidak taat kepada pemimpin juga disifatkan sebagai pengkhianatan kepada parti.
Bagaimanapun tegasnya, ketaatan itu bukan untuk memperbodohkan ahli bawahan dan mendewakan pimpinan Pas membuta-tuli.

3 orang berkata:
bahasa apa yang digunakan ulamak ni?sedap mulutnya menuduh orang sebagai syaitan.apakah ciri2 syaitan yang ada dilam Pas,tolong jelaskan.!!!!!!!Wah! selama ini hidup dengan syaitan selesa je,mnegapa tiba2 sekarang dan sedar ada syaitan,jangan cepat menuduh orang lain syaitan nanti tertampar ke muka sendiri,Istqfarlah wahai ulamak yang perasan.
Tindakan puak2 ni membuatkan masyarakat berpendapat politik dan agama perlu dipisahkan.. Berbeza dan macam melupakan cara arwah fadhil nor dan tgna..
Korang faham ka apa korang komen...tinggi sgt ka ilmu agama korang...kalau ngaji harap dgr ceramah ja x layak nak komen. Duduk diam2. Memang kat kedah dlm pas byk syaitan....sbb tu la kedah tewas....bkn krn umno kuat tapi krn ada syaitan yg gila kuasa terutama dun kupang, dun bayu & parlimen baling.
Post a Comment