Boikot: Bekas Pemuda Umno kesal kenyataan MCA
- Bekas Pergerakan Pemuda Umno Malaysia membuat sidang media berkenaan isu harga barangan yang dikeluarkan oleh Ismail Sabri telah dipolemikkan dengan hangat di media sosial baru-baru ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
KUALA LUMPUR - Bekas-bekas Pemuda Umno hari ini menyatakan solidariti
mereka kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob mengenai isu boikot kepada para peniaga yang enggan
menurunkan harga.
Bercakap pada sidang media, jurucakap kumpulan itu, Datuk Zulkifli Alwi berkata, mereka terpanggil untuk memberikan sokongan kepada Ismail Sabri kerana yakin pemimpin itu memperjuangkan sesuatu yang benar.
"Ismail Sabri adalah seorang rakan akrab yang telah lama berjuang bersama-sama demi agama, bangsa dan negara.
"Kenyataan beliau bertujuan membela nasib rakyat terbanyak dalam soal harga barangan yang seharusnya diturunkan sejajar dengan pengurangan harga minyak.
"Bayangkan kalau harga barangan diturunkan, bukankah masyarakat Cina juga akan menikmati kadar pengurangan barangan tersebut lagi-lagi dah nak raya Cina ini.
"Sehubungan itu, kami bukan sahaja sangat kesal tetapi berasa amat marah terhadap kenyataan berbaur kecaman yang dilemparkan terhadap beliau oleh pelbagai pihak, khususnya para pemimpin parti MCA termasuk ketua Pergerakan Pemudanya," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, mereka sangat kesal dengan tindakan MCA yang tergamak untuk 'bersama' parti pembangkang dalam menyuarakan isu ini.
"Kami sama sekali tidak dapat menerima apabila MCA tergamak senada dan seirama dengan parti pembangkang yang adalah jelas dan nyata seteru politik kepada Umno dan BN.
"Pada hemat kami sudah terang lagi bersuluh, wajah sebenar MCA dan para pemimpinnya dalam konteks hubungan sesama parti komponen BN kini amat terserlah.
"Sebenarnya sekian ramai ahli-ahli Umno di akar umbi sangat terguris dengan tindak tanduk MCA yang kadangkala lebih chauvinist daripada parti-parti pembangkang," katanya.

1 orang berkata:
Padah berlembut teramat sangat. Tak menang p/raya pun masih beri ruang utk kerusi menteri mca, konon jujurnya dgn rakan dlm BN. Baik hatinya makhluk Melayu umno. Mereka tak pandanglah pada budi Melayu, hanya Melayu masih tak sedar2 jugak lagi.
Post a Comment