'Anwar ingat dia Mandela, Gandhi'
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim yang memberi ucapan 'berbunga-bunga dan seperti sudah
dilatih' terhadap hakim pada hari beliau disabitkan bersalah
menunjukkan Anwar menganggap dirinya sama dengan tokoh politik terkenal
dunia.
Peguam yang juga bekas anggota PKR, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata, ucapan itu, walaupun pendek, digarap supaya ia kedengaran sama seperti ucapan bersejarah oleh pemimpin revolusi anti-apartheid Afrika Selatan, Nelson Mandela, Bapa Kemerdekaan India, Mahatma Gandhi atau ahli falsafah, Socrates.
"Anwar melihat dirinya berada pada tahap sama dengan tokoh bersejarah ini, mangsa penindasan berterusan dan juga pejuang luar biasa.
"Beliau perlu meyakinkan rakyat beliau tidak akan menyerah kalah, jadi beliau meminjam kata-kata keramat (bekas Perdana Menteri United Kingdom) Winston Churchill: 'Saya tidak akan menyerah kalah' dari kandang tertuduh. Di sini, saya rasa, Anwar telah melampaui batas," katanya dalam blognya, www.zaid.my.
Anwar pada 10 Februari lalu menggelar hakim sebagai pengecut yang tunduk kepada arahan tuan politik mereka.
Beliau yang diberi peluang bercakap untuk rayuan meringankan hukuman selepas mahkamah mensabitkannya bersalah turut mempersoal mengapa hakim perlu memilih 'jalan gelap' dan terlibat dalam penipuan.
Katanya, tuduhan Anwar bahawa panel hakim Mahkamah Persekutuan bersubahat dalam agenda politik untuk memenjarakannya adalah tidak berasas dan perlu dikecam.
"Jika Anwar dan pasukan peguam bela mempunyai bukti hakim ini berpakat dengan pemimpin politik untuk menyingkirkan dan memenjarakannya, mereka patut sudah buat permohonan untuk ketepikan hakim-hakim ini dari awal.
"Hakim-hakim ini tidak mungkin menjadi pembelot terhadap sistem keadilan dalam sekelip mata, hanya kerana keputusan mereka terhadap Anwar semata-mata," katanya.
Zaid juga menggambarkan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria sebagai seseorang yang mempunyai integriti dan maruah tertinggi.
Menurutnya, beliau percaya semua lima hakim membuat keputusan bersalah kerana mereka secara jujur percaya bukti yang ada menyokong keputusan itu.
Beliau turut mengingatkan pembangkang supaya belajar menghormati penjawat awam.
"Apa yang bahaya apabila pembangkang berterusan membuat serangan terhadap badan kehakiman dan institusi kerajaan lain adalah tindak balas yang akan diterima daripada penjawat awam.
"Mungkin
akhirnya lebih ramai penjawat awam akan memilih membuat keputusan
menyebelahi kerajaan jika mereka asyik diserang secara semberono. Malang
jika kita cuba gambarkan badan kehakiman sebagai tidak adil hanya
kerana keputusan dalam kes Anwar tidak mencapai jangkaan kita," katanya
Peguam yang juga bekas anggota PKR, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata, ucapan itu, walaupun pendek, digarap supaya ia kedengaran sama seperti ucapan bersejarah oleh pemimpin revolusi anti-apartheid Afrika Selatan, Nelson Mandela, Bapa Kemerdekaan India, Mahatma Gandhi atau ahli falsafah, Socrates.
"Anwar melihat dirinya berada pada tahap sama dengan tokoh bersejarah ini, mangsa penindasan berterusan dan juga pejuang luar biasa.
"Beliau perlu meyakinkan rakyat beliau tidak akan menyerah kalah, jadi beliau meminjam kata-kata keramat (bekas Perdana Menteri United Kingdom) Winston Churchill: 'Saya tidak akan menyerah kalah' dari kandang tertuduh. Di sini, saya rasa, Anwar telah melampaui batas," katanya dalam blognya, www.zaid.my.
Anwar pada 10 Februari lalu menggelar hakim sebagai pengecut yang tunduk kepada arahan tuan politik mereka.
Beliau yang diberi peluang bercakap untuk rayuan meringankan hukuman selepas mahkamah mensabitkannya bersalah turut mempersoal mengapa hakim perlu memilih 'jalan gelap' dan terlibat dalam penipuan.
Katanya, tuduhan Anwar bahawa panel hakim Mahkamah Persekutuan bersubahat dalam agenda politik untuk memenjarakannya adalah tidak berasas dan perlu dikecam.
"Jika Anwar dan pasukan peguam bela mempunyai bukti hakim ini berpakat dengan pemimpin politik untuk menyingkirkan dan memenjarakannya, mereka patut sudah buat permohonan untuk ketepikan hakim-hakim ini dari awal.
"Hakim-hakim ini tidak mungkin menjadi pembelot terhadap sistem keadilan dalam sekelip mata, hanya kerana keputusan mereka terhadap Anwar semata-mata," katanya.
Zaid juga menggambarkan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria sebagai seseorang yang mempunyai integriti dan maruah tertinggi.
Menurutnya, beliau percaya semua lima hakim membuat keputusan bersalah kerana mereka secara jujur percaya bukti yang ada menyokong keputusan itu.
Beliau turut mengingatkan pembangkang supaya belajar menghormati penjawat awam.
"Apa yang bahaya apabila pembangkang berterusan membuat serangan terhadap badan kehakiman dan institusi kerajaan lain adalah tindak balas yang akan diterima daripada penjawat awam.
2 orang berkata:
Sudahlah , usah berlagak sombong dan angkuh.

Post a Comment