Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAINAN POLITIK RAKUS MENGAJAR PAS MENJADI LEBIH MATANG

PAS MUNGKIN TIDAK AKAN BEKERJASAMA DENGAN MANA-MANA PARTI SELEPAS PRU 14. ADALAH TERLALU BODOH UNTUK PAS MENERIMA  APA JUGA BENTUK KERJASAMA SELEPAS PILIHANRAYA SAMA ADA MENANG ATAU KALAH. BEKERJASAMA SELEPAS PILIHANRAYA SUATU SIKAP YANG HANYA DAPAT DINILAI SEBAGAI POLITIK DITEPI JALAN, IA TIDAK AKAN KEKAL DAN DIDALAM ISLAM  TIDAK ADA BERPOLITIK CARA INI - Pak Karamu


Pakatan Harapan atau Pas hanya selepas PRU14
PKR
SHAH ALAM - Penganalisis politik menjangkakan selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14), PKR akhirnya bakal memilih antara Pas atau Pakatan Harapan berdasarkan pencapaian parti masing-masing.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman berkata, strategi yang diambil PKR hari ini hanya bersifat sementara yang tidak dapat bertahan untuk tempoh yang lama.

“Sekarang ini hanya strategi sementara PKR untuk mereka menghadapi PRU nanti untuk melihat apa kekuatan sebenar parti-parti yang ada ini. Sebab itu dalam beberapa aspek kita lihat PKR akan kerjasama dengan PH tapi pada masa sama ada kesinambungan dengan Pas.

“Boleh dikatakan, sekarang ini PKR beli masa untuk menilai sebelum memilih. Selepas PRU14, PKR akan lihat berapa nombor blok pembangkang yang tinggal. Kemudian baru boleh buat pilihan,” katanya kepada Sinar Online.


Pada kongres PKR baru-baru ini, perwakilan-perwakilan parti itu lantang menyatakan pandangan agar PKR tetap meneruskan kerjasama dengan Pas walaupun parti Islam itu tidak lagi dalam pakatan pembangkang yang baharu, Pakatan Harapan.

Menurut Mohd Fuad, meskipun Amanah dilihat sebagai pengganti Pas dalam blok pembangkang, namun PKR juga pasti sedar kapasiti parti serpihan itu tidak mampu menandingi Pas.

“Dari segi akar umbi, jentera, jumlah pengikut, pengalaman dan macam-macam lagi.

“PKR cuba mengimbangi kedua-dua parti. Menjalin kerjasama dengan Amanah dan DAP tapi tak boleh tinggalkan Pas,” katanya.

Sementara, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, sebarang perubahan kerjasama dalam Pakatan Harapan perlu dibuat segera bagi memberi ruang kepada parti dan penyokong menyesuaikan diri sebelum PRU.

“Isu ini agak kompleks tapi PH perlu buat keputusan segera. Pakatan Harapan perlu memikirkan masa depan sekiranya bersama Pas atau tidak. Pada saya lebih baik bersama Pas.

“Jika perubahan dibuat pada saat-saat akhir ia hanya akan beri kesan buruk,” katanya.

Jelasnya, mana-mana keputusan parti pembangkang itu akan memberi kesan kepada sokongan pengundi.

“Ada dua tahun lagi untuk tarik sokongan. Sekiranya ketepikan Pas, Pakatan Harapan akan menyaksikan sokongan luar bandar terjejas.

“Pas pun tidak bolehlah baik dengan Umno kemudian dengan PKR pun baik. Nanti orang tuduh Pas parti oportunis,” katanya.

2 orang berkata:

mosabit said...

kena yakin..
yg buruk itu datang dari pas sendiri..
yg baik itu dari Allah SWT..
jangan nak tuding jari pada parti lain...

sendiri buat sendiri tanggung...

itu pun nak kena bagitau ker...

jangan ingat semua org bodoh..

ini zaman maklumat di hujung jari...

lagi pun kita kan ada makhluk tukang catat semua aktiviti kita yg duduk di kiri kana kita..

itu pun nak kena ajar ker..

kata yg pimpin pas sekarang semuanya ulamak....





Anonymous said...

Kah kah kah ...... macai PAN @ barua Dap dah mula meroyan ! Alahai mosibat ! ......... opsss mosabit !

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.