Kes banglo: SPRM digesa siasat dengan telus
SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang berharap agar
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan
yang telus serta tidak terpengaruh dengan tekanan politik berhubung isu
penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Pengerusi Amanah Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
berkata, sekiranya pendakwaan berkenaan bertujuan untuk melemahkan
perjalanan politik Pakatan Harapan, ia adalah sesuatu yang tidak wajar.
“Mereka silap kerana kami semakin kuat semangat untuk meneruskan perjuangan bagi membela rakyat.
“Saya berada di Bangunan SPRM bersama rakan-rakan bagi menunjukkan
sokongan ke atas pendakwaan Guan Eng dan atas semangat setia kawan dalam
Pakatan Harapan, kami mengharapkan siasatan yang telus,” katanya
menerusi kemas kini status di laman sosial Facebook Amanah.
[ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng didakwa di bawah Akta SPRM hari ini]
Semalam, Guan Eng ditahan SPRM sebaik habis mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Komtar.
Guan Eng dibawa sepasukan anggota penguat kuasa ke pejabat SPRM di
Jalan Sultan Ahmad Shah di Georgetown kira-kira jam 6.20 petang dengan
menaiki kereta milik kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Mujahid berkata, orang ramai turut berhimpun di hadapan
bangunan SPRM sebagai tanda sokongan dan akan turut serta ke mahkamah
bagi menyatakan solidariti terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Sebelum ini, Guan Eng telah dipanggil memberi keterangan di Pejabat
SPRM Pulau Pinang bagi membantu siasatan terhadap kes pembelian
banglonya di Jalan Pinhorn yang mencetuskan kontroversi setelah
dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya
ketika Sidang Dewan Rakyat April lalu.
3 orang berkata:
Cina paling lama pun 3 hari berarak. Mereka lebih pentingkan " duit' daripada guan eng.
Melayu boleh lah bertahan 7 hari.itu pun kalau cukop dedak.
Akhirnyi guan eng mungkin akan reput dalam penjara seperti anuar.
Wahhh.. ni anon 8.25om baru bagi puki mak dia kat gang umno gangbang. Bini kau pin kau jual sekali ka bro..
Lu cibai punya orang. Tiu na seng
Satu pergi seribu lagi sedang tunggu. Kita jaga parti baik2, kita tak perlu susah2 kerana satu orang. Tok pandir cakap, anak kita mati anak orang lain pun mati jugak. Apa susah?
Post a Comment