Benarkah BN begitu kuat sekarang?
PETUNJUK bahawa pimpinan Umno kini berada pada tahap
keyakinan diri yang amat tinggi adalah tindakan memecat Tan Sri
Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dibuat dalam
tempoh tidak sampai seminggu selepas BN menang besar PRK Sungai Besar
dan Kuala Kangsar.
Bagi menyerlahkan lagi sikap itu, mereka turut menggantung keahlian Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Tanpa keyakinan diri yang tinggi, Umno tidak akan berani melakukan
tindakan seperti itu kerana ketiga-tiga pemimpin berkenaan diketahui
mempunyai pengaruh yang kuat, di dalam dan luar parti. Ini seakan
mengiyakan andaian bahawa Umno/BN berada pada tahap yang cukup kuat
sekarang berdasarkan keputusan PRK berkenaan.
Soalnya, adakah BN sudah benar-benar kuat? Adakah keputusan PRK Sungai
Besar dan Kuala Kangsar cukup untuk dijadikan indikator penerimaan
rakyat terhadap BN yang boleh dibawa hingga PRU14?
Adakah pola pengundian dan geopolitik Sungai Besar, juga Kuala Kangsar
sesuai dijadikan model untuk seluruh negara hingga membuatkan pemimpin
Umno/ BN yakin parti itu kini berada pada kedudukan yang cukup mantap
untuk mengekalkan pemerintahan?
Seorang ketua Umno bahagian sehari selepas pilihan raya itu,
terang-terangan menolak andaian bahawa perpecahan undi propembangkang
jadi faktor kemenangan BN. Sebaliknya kata beliau, kemenangan itu
disebabkan BN sememangnya kuat dan kembali diterima rakyat.
Dan satu
lagi kenyataan wajib: "Mereka sudah muak dengan propaganda pembangkang!"
Untuk sesetengah perkara, pandangan itu boleh diiyakan tetapi untuk
mengatakan BN telah benar-benar kuat, masih boleh dipersoalkan.
Apa yang paling munasabah untuk diperkatakan ialah bukan BN yang kuat
tetapi kucar-kacir yang berlaku dalam blok pembangkang cukup memberikan
BN kelebihan dalam situasi sekarang.
Sebenarnya, banyak faktor yang mempengaruhi keputusan PRK Sungai Besar
dan Kuala Kangsar. Perpecahan undi propembangkang secara terang lagi
jelas telah 'membantu' kemenangan besar BN.
Dalam siaran langsung TV1 pada hari penamaan calon, Ketua Pegawai
Eksekutif Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose
berkata seseorang tidak perlu jadi penganalisis politik untuk
menjangkakan BN akan menang mudah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,
melainkan jika berlaku sesuatu yang luar biasa.
Apabila dua parti pembangkang, Pas dan Amanah masuk bertanding, sudah
tentu undi menentang BN terpecah. Apatah lagi sepanjang tempoh kempen,
kedua-dua parti dilihat lebih memberi tumpuan untuk menyerang sesama
sendiri berbanding usaha melawan BN. Ini sudah pasti memberikan
kelebihan kepada BN.
Selain itu, pemilihan calon yang tepat juga amat mempengaruhi
keputusan. Di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dikira cukup menepati
kriteria winnable candidate. Pada PRU13, Budiman menang kerusi Dun
Sungai Panjang dengan majoriti 2,183 undi. Ini jadi bekalan mantap
baginya untuk menghadapi PRK kerana telah sedia mempunyai deposit
sokongan yang kuat.
Wanita
Selain itu, Budiman juga dikenali sebagai wakil rakyat yang mengamalkan
pendekatan strategik dalam memenangi hati pengundi berdasarkan latar
belakangnya sebagai lulusan sarjana komunikasi dan juga bakal siswazah
doktor falsafah dalam bidang sains politik.
Dalam pada itu, sejak dipilih menjadi wakil rakyat tiga tahun lalu,
beliau telah meningkatkan usaha mendekati penduduk Cina yang tidak
menyokongnya pada PRU13, Sejak itu, perhatian kaum Cina terhadapnya
semakin meningkat dan itulah hasil yang diperolehinya pada PRK ini.
Di Kuala Kangsar, faktor calon tidak boleh diketepikan meskipun Datin
Mastura Yazid hanya berkempen dari rumah disebabkan masih dalam tempoh
iddah. Bagaimanapun, inilah yang dipercayai mendorong beliau mendapat
banyak undi simpati terutama kematian suaminya, Allahyarham Datuk Wan
Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad adalah berkait dengan tragedi.
Selain itu, Wan Mohammad Khair-il Anuar juga dikenali sebagai wakil
rakyat yang digemari. Selain sebagai ahli Parlimen, beliau juga pernah
berkhidmat sebagai Adun Bukit Chandan dan sepanjang tempoh itu, Mastura
sering mengiringi suaminya dalam program turun padang. Justeru, Mastura
bukanlah orang asing bagi penduduk Kuala Kangsar.
Di Kuala Kangsar, seramai 17,002 atau 51.6 peratus daripada jumlah
keseluruhan 32,949 pengundi adalah wanita. Penduduk Kuala Kangsar juga
sememangnya sudah lama menerima wanita sebagai pemimpin. Bekas menteri,
Tan Sri Rafidah Aziz adalah ahli Parlimen kawasan itu selama tujuh
penggal (1982-2008) sebelum digantikan Wan Mohammad Khair-il.
Jika Mastura mempunyai kelebihan untuk mendapat undi wanita
terutamanya, anak-anak beliau, Wan Emir Astar, 26; Wan Imar Izzat, 25;
Wan Iskandar, 23, dan Wan Mohamad Amar, 19, yang aktif turun berkempen
untuk ibu mereka pula berjaya mencuri perhatian golongan muda. Mereka
memainkan peranan penting menarik undi golongan itu.
Sepanjang tempoh kempen, didapati tidak ada poster atau sepanduk Datuk
Seri Najib Tun Razak di Sungai Besar. Di Kuala Kangsar pun begitu juga.
Adakah ini petanda BN sendiri meragui imej dan persepsi terhadap Najib
akan mempengaruhi pengundi?
Amanah juga dalam sepanduknya cuba mengaitkan Budiman dengan Perdana
Menteri menerusi kempen 'Tolak calon Najib, pilih calon Amanah'.
Berkempen tanpa poster Orang No. 1 parti bukan sesuatu yang biasa dalam
pilihan raya. Ini pun sesuatu yang menghairankan juga!
Kejutan
Mengenai keputusan yang di luar jangkaan, sistem pilihan raya kita
menetapkan majoriti dikira berdasarkan perbezaan undi diperoleh calon
menang dengan calon yang mendapat undi kedua terbanyak.
Dalam konteks Sungai Besar, calon Amanah, Azhar Abdul Shukur di tempat kedua selepas Budiman. Justeru, perbezaan antara keduanya, 9,191 undi dikira sebagai majoriti.
Dalam konteks Sungai Besar, calon Amanah, Azhar Abdul Shukur di tempat kedua selepas Budiman. Justeru, perbezaan antara keduanya, 9,191 undi dikira sebagai majoriti.
Dengan itu, undi diperoleh calon Pas, Dr. Abdul Rani Osman tidak masuk
dalam perkiraan. Inilah yang menjadi petunjuk jelas perpecahan undi
propembangkang telah membesarkan angka majoriti. Meskipun dicampur undi
dua calon pembangkang itu, Budiman masih menang besar, 2,289 undi.
Keupayaan Budiman memperoleh majoriti yang begitu besar mengikut hujah
penganalisis adalah bersabit dengan kembalinya sebilangan pengundi Cina
mengundi BN di Dun Sekinchan. Sekinchan adalah kubu kuat DAP.
Bagaimanapun perolehan undi menunjukkan ada pengundi Cina dari kawasan
itu mengundi BN pada PRK lalu.
Ada dua faktor yang berkaitan. Pertama, kejayaan kerajaan membawa balik
dua nelayan dari Bagan Sekinchan, Chua Lee Teck dan Heng Chee Yong yang
ditahan pihak berkuasa Indonesia sejak 3 Mac, telah menjadi faktor
sentimental untuk sebilangan pengundi Cina Sekinchan berpaling tadah.
Kedua-duanya selamat kembali pada petang 16 Jun, dua hari sebelum
pengundian.
Kedua, pengundi Cina lazimnya mengambil kira advantage atau kelebihan
yang akan mereka peroleh menerusi sesuatu pilihan raya. PRK lalu tidak
mengubah kerajaan. Pada masa yang sama berbagai tawaran dihulurkan
kerajaan kepada mereka.
Justeru, tidaklah menghairankan jika mereka memilih BN baru-baru ini bagi memastikan apa yang ditawarkan itu mereka perolehi. Bagaimanapun pada pilihan raya umum akan datang, mereka mungkin akan kembali mengundi parti pembangkang untuk mengekalkan kuasa memerintah negeri di tangan PKR dan DAP.
Justeru, tidaklah menghairankan jika mereka memilih BN baru-baru ini bagi memastikan apa yang ditawarkan itu mereka perolehi. Bagaimanapun pada pilihan raya umum akan datang, mereka mungkin akan kembali mengundi parti pembangkang untuk mengekalkan kuasa memerintah negeri di tangan PKR dan DAP.
Selain itu, faktor peratusan keluar mengundi yang rendah turut mempengaruhi keputusan.
Di Sungai Besar, peratusan keluar mengundi hanya 74.4 peratus
berbanding 88 peratus pada PRU13 manakala Kuala Kangsar, 71.4 peratus
berbanding 84.3 peratus. Ini lebih rendah berbanding jangkaan 75 peratus
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Peratusan yang rendah terutama di Kuala Kangsar dipercayai melibatkan
pengundi Islam di luar kawasan yang mungkin berasa tidak berbaloi untuk
mereka balik mengundi sedangkan mereka akan pulang untuk berhari raya
pula dalam tempoh masa kurang lebih dua minggu sahaja.
Bagaimanapun di Sungai Besar, perangkaan yang lebih tinggi mungkin
bersebab jarak kawasan itu dengan Kuala Lumpur yang tidak begitu jauh
memungkinkan pengundi balik mengundi dan berbuka puasa bersama keluarga
sebelum kembali semula ke tempat mereka pada hari yang sama.
Sebagai kesimpulan, BN tidak boleh terus bersorak dengan kemenangan
besar pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Lebih membahayakan jika
kemenangan itu seakan memberi ruang untuk mereka melakukan tindakan yang
sukar diterima rakyat ataupun yang boleh memecahbelahkan lagi parti.
Pemimpin di peringkat pertengahan juga seharusnya menyalurkan maklumat
secara jujur kepada pucuk pimpinan agar pemimpin di atas mendapat
maklumat yang tepat, bukan teori plastik yang sekadar menyedapkan hati
tetapi lari daripada realiti.
2 orang berkata:
Pada peringkat awal semua orang menyangka private bill yg akan dibawa ini ialah satu akta yg berkaitan dgn undang-undang hudud, namun akhirnya baru didedahkan rupa2nya private bill yg sudah lebih setahun dibincangkan hanyalah untuk meminda beberapa patah perkataan dlm Akta mahkamah syariah ( bidangkuasa jenayah ) 1965 dgn menukar perkataan2 " .....hukuman denda rm5000, penjara 3 tahun, sebat 6 kali...." kepada perkataan2 " mengikut hukum syarak "....
Apabila Hj Hadi membacakan RUU di Dewan Rakyat, suasana jadi kecoh dan haru-biru dengan beberapa Presiden dan pemimpin parti komponen BN menyatakan hasrat mereka meletak jawatan jika ia diluluskan.
Ini yang menyebabkan PM Najib pun jadi menggelabah lalu menjelaskan undang-undang persendirian yang dibawa Abdul Hadi pada 27 Mei lalu itu bukan undang-undang hudud tetapi pindaan yang menjurus ke arah pemerkasaan sistem hukuman yang tertakluk di bawah Mahkamah Syariah.
Maka Pas pula terpaksalah terhegeh-hegeh ke hulu ke hilir mengendung amanat PM Najib bahawa RUU itu bukan hudud...(yang sebelum ini Pas katakan RUU Hj Hadi itu adalah hudud!)
Kena KENCING kita! PASING betul baunya
Sepertinya seru perkaranya teman.
Semoga dapat dicari dan ditemukan solusi terbaik
Salam damai
menang BERSAMA
Hidup Adalah Perjuangan
Post a Comment