'Bila Pas tak main peranan, apa lagi pilihan saya?'
KUALA KANGSAR - Calon Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Ahmad Termizi
Ramli berkata, tujuan beliau masuk gelanggang bertanding dalam PRK Kuala
Kangsar adalah kerana Pas tidak berjaya memainkan peranannya sebagai
parti yang baik.
Pak Karamu:
Amanah parti yang baik ? dasaroun tak de, parti yang baik ? Bersekongkol dengan parti yang menentang hudud, parti yang baik ?
Kata Ahmad Termizi, sekiranya tanggungjawab terhadap agama dan negara
dilaksanakan oleh Pas, mungkin beliau 'duduk berehat' sekarang.
Pak Karamu:
Alasan bodoh dan pengkhianat memang cam tu, dah tak de modal nak berpolitik ke ? Berhujah macam orang bodoh
"Saya beginilah, kita ada tanggungjawab terhadap agama dan negara, jadi
kalau ia boleh dilakukan dalam Pas...saya pun lagi suka pencen, jaga
cucu kerana pencen profesor saya cukup.
Pak Karamu:
Bukan semua prof bijak, Yang kangkong ramai, yang bangang salah satunya calon ni lah, hujah tak masuk akal
"Tapi kita lihat Pas (minta maaflah) telah tidak memainkan perananya,
tidak melaksanakan tanggungjawab agama, jadi apa pilihan pada saya, apa
saya nak jawab pada ALLAH bila berlaku begini, jadi kami tiada pilihan
kecuali meneruskan perjuangan yang kita rasa Pas dalam ijtihad ia
boleh main peranan lain,"katanya dalam sidang media Pejabat Amanah
Jalan Daeng Selili, Kuala Kangsar, hari ini.
Pak Karamu:
Inilah hujah bodoh Prof kangkong, dah la bodoh, dok pi masuk parti yang tak de dasar dan berkawan pulak tu dengan penentang RUU, woit pandai ke cerdik ? siyaaaan !
Katanya lagi, walaupun beliau merupakan bekas ahli Pas seumur hidup,
tetapi perubahan yang berlaku dalam parti Islam itu membuatkan beliau
terpanggil untuk melakukan perubahan terhadap Kuala Kangsar dengan cara
mewakili parti Amanah.
Pak Karamu:
Kesian, tubuh dan sertai parti tak de dasar, tapi prof tapi bangang !
"Saya Pas dalam perut mak lagi... jadi tiada 'love lost' tapi
kepentingan negara mengatasi kepentingan peribadi, lagi pun saya tidak
terikat dengan bai'ah,"katanya.
Pak Karamu:
Perut Mak panas tu, qarin kacau ke ?
PRK Kuala Kangsar akan menyaksikan pertandingan empat penjuru di mana
Ahmad Termizi Ramli akan ditentang oleh calon Pas Dr Najihatussalehah
Ahmad, Datin Mastura Mohd Yazid dari BN ,dan Izat Bukhary Ismail Bukhary
(Bebas).
PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Wan Mohammad
Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak
pada 5 Mei lalu.
Sebanyak 32,949 orang layak mengundi pada PRK itu mengikut daftar
pemilih yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 7 Mei
lepas.
Pengundian PRK Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini.
4 orang berkata:
Pas pun sama shj jgn cakap org!
Coretan Dari atokmu.com
Biarlah aku berterus terang. Aku bukanlah penyokong parti Amanah, dengan itu aku tidaklah meletakkan minat yang mendalam pada parti Amanah.
Namun, yang hak tetap hak, dan yang batil tetap batil. Ini adalah satu artikel mengenai Ustaz Azhar Ab Syukur – calon parti Amanah Sg Besar.
Aku kenal Ustaz Azhar bila aku join salah satu Ez-Kembara ke Sabah, tak ingat dah tahun bile. But since then aku ikuti perkembangan ustaz azhar dari facebook, berjumpa di rumah keluarganya di Temerloh dan juga di Selangor. Aku juga merupakan doctor yang merawat ketika mana die mengalami hypertensive crisis, dan Alhamdulillah sekarang boleh katakan hypertension dia amat-amat terkawal dengan perubahan gaya hidup dan juga ubat dari hospital. One of the person yang saya rasa boleh jadikan contoh pesakit Hypertensive that really change.
Ustaz Azhar yang aku kenal ialah orang yang sangat pemurah. Aku nak bawakan satu cerita, yang sepatutnya aku sembunyikan. Namun pada firasat aku, ketika ini, memberitahu perkara ini akan mendatangkan kebaikan kembali kepada Ustaz. I think what you give you get back.
In 2014, kita dilanda banjir besar di Kelantan. Ketika itu kami sekumpulan mengambil inisiatif untuk menubuhkan satu kumpulan perubatan yang membantu mereka yang terlibat dengan banjir. Alhamdulillah dengan berkat yang Allah kurniakan kami dapat mengubah sebahagian masyarakat yang terjejas dan terlibat banjir. Pada tahun 2015 kami mendaftar persatuan kami di ROS, dan sebagai persatuan baru, kami memerlukan dana. Sebenarnya aku segan untuk meminta-minta, tetapi kerana masyarakat dan juga keperluan persatuan aku khabarkan kepada ustaz azhar, sekiranya die ingin membantu.
Ustaz tak tanya banyak, die hanya Tanya untuk apa aku buat bende ni dan berapa bajet. Esok terus die masukkan RM10,000 bagi tujuan persediaan banjir. Aku tak tau la yang lain, tapi pada aku RM10,000 tu aku rasa sangat besar. Alhamdulillah dengan 10,000 tu kami tubuhkan persatuan kami dan kami jalankan tugas kami, dan maafkan kami kerana team kami di Kelantan, maka banyak program di Kelantan.
USTAZ AZHAR – DUIT 10,000 yang kamu beri itu :-
* Merawat golongan asnaf di DAPUR ASNAF KELANTAN
*Merawat anak-anak Al-Hafiz di Kelantan
*Merawat orang-orang meskin di Kelantan
*Merawat Orang – Orang Asli di Pos Pasik Kelantan
*Barang-barang dipinjamkan kepada Team-team medical lain untuk tujuan medical reachout di kawasan-kawasan Kelantan
*Membuat tabung kutipan dana untuk warga Syria
*Akan dibawa ke Kg Nelayan, Pulau Perhentian untuk tujuan Medical outreach
*Akan dibawa ke Sabah, untuk tujuan Medical Outreach
*Dan insyaAllah lebih banyak lagi pada masa akan datang.
Duit itu kami menfaatkan untuk masyarakat, semoga budi yang kamu berikan itu Allah balas sebaik mungkin. Aku mungkin bukan orang yang menyokong Parti Amanah, tapi aku tahu kamu akan menjadi pemimpin yang AMANAH. Tak dapat kami balas jasa baik tuan, semoga sedikit artikel ini membantu tuan dalam usaha tuan.
PAS... pasca banjir apa buat??? Tebang balak lagi ada laaaa. RM4 juta Nsjib kata dah bagi kat Kerajaan PAS Kelantan.. apa dibuat dgn duit tuuu??? Patut takut nak sebut AMANAH!!!
Patut la Raja Shamri keluar-masuk Kelantan bantu rakyat yg terbeban sedangkan bukan ada gaji ngan elaun YB pung. Bersungguh Raja Shamri bantu.. yg dpt nama YB PAS yg entah ke mana menghilang... sibok tebang balak ke???
Post a Comment