SUNGAI BESAR - 'Biadab'. Itu reaksi Naib Presiden Umno, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein terhadap kenyataan bekas Menteri Besar Perak,
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK)
Kuala Kangsar.
Hishammuddin berkata, beliau tidak menyangka Nizar tergamak
mengeluarkan kenyataan sebegitu tanpa memikirkan perasaan keluarga
Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, hanya
semata-mata sebab politik.
"Saya tengok kalau ayat-ayat begitu diluahkan dalam keadaan sebegini, saya tengok memang, biadablah.
"Sebab saya kenal Datuk Wan Khair-il secara rapat, saya kenal
isterinya, saya kenal anak-anaknya," kata Hishammuddin ketika diminta
mengulas mengenai kenyataan Nizar, selepas melawat bazar Ramadan Taman
Berkat, di sini hari ini.
Semalam, sewaktu berucap pada sesi ceramah di Kampung Sayong Lembah,
Kuala Kangsar, Mohammad Nizar dipetik dalam media sosial yang berkata
"ALLAH mahu orang Kuala Kangsar 'mengajar' (memberikan kekalahan kepada)
BN menerusi PRK Kuala Kangsar".
Ketika berucap pada ceramah itu, Mohammad Nizar berkata dirinya
tertanya-tanya mengapa daripada 222 kerusi Parlimen di negara ini, ALLAH
memilih supaya Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan di Sungai Besar,
Selangor dan Kuala Kangsar.
"Bila saya fikir-fikir dengan mendalam, di sinilah buminya semasa saya
diberikan amanah untuk menjadi Menteri Besar Perak, daripada Mac 2008
hingga Februari 2009," katanya dipetik berkata menerusi laporan sebuah
portal berita.
Beliau seterusnya mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
dan timbalannya kini Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah "merampas"
kerajaan Pakatan pimpinannya.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata berdasarkan
keperibadian Nizar, memang sukar untuk membendung beliau daripada
mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Justeru, Hishammuddin menyeru pihak lain agar tidak terikut-ikut dengan
kenyataan Mohammad Nizar itu yang sama sekali tidak memikirkan perasaan
keluarga Allahyarham Datuk Wan Khair-il. - Bernama
10 orang berkata:
Pak karamu yang bengong..
Bantai duit rakyat bilion2..x biadab ke?
Perah duit rakyat dgn gst..x biadap ke?
Kalau bn fikirkan perasaan keluarga allahyarham, balu allahyarham tidak akan dicalonkan dlm prk....
Kalau bn fikirkan perasaan keluarga allahyarham, balu allahyarham tidak akan dicalonkan dlm prk....
Bengong kamu ni hisham...
Sekor babi pas menggelar mat sabu debgan panggilan mat sabun. Akhlak seperti babi itukah yg hendak diperjuangkan oleh pas?
1. MUSTAHIL pas boleh memerintah Malaysia tanpa sokongan parti Melayu lain serta kaum yg lain.
2. Ketika BN dan Najib susah lemah kerana isu 1Mdb dan Gst serta Mic, Gerakan dan Mca yg hampir padam, TIBA2 DAN SEKOYONG2 PAS MEMBANTU SOKONGAN DAN MEMBERI OKSIGEN KPD BN. Pas ialah pengkhianat rakyat yg mesti dihukum melalui PRK DAN PRU.
Dasar parti menangguk di air keruh..dulu sbb kes anwar boleh menang byk kerusi..skarang berkawan dgn penyamun..tolong menyiksa rakyat dgn gst dan 1mdb..politik matang lah konon..dasar ulamak plastik
Akhlak mana lebih baik antara membahasakan perkataan "sabun" dengan "babi"?
Post a Comment