KENYATAAN NIZAR SEOLAH-OLAH TIDAK MENUNJUKKAN IA SEBAGAI LUAHAN BERAKHLAK, SEMUA ORANG FAHAM SETIAP YANG BERLAKU ADALAH TAKDIR, TAPI SEBAGAI SEORANG ISLAM DAN DIBULAN YANG PENUH BERKAT NIZAR TIDAK SEPATUTNYA MENGELUARKAN PERKATAAN TERSEBUT SEOLAH-OLAH KEMURKAAN ALLAH ITU DITUNJUKKANNYA SUPAYA IA DIJADIKAN CEMUHAN DAN INGATAN KEPADA YANG MEMBUAT SALAH, NAMPAKNYA NIZAR SEOLAH-OLAH MENGATAKAN "PADAN MUKA" TERIMALAH BALASAN DARI TUHAN ! - Pak Karamu
Nizar biadab, janganlah sampai menghina
KUALA KANGSAR - Kenyataan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara
(Amanah) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengaitkan
kematian dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dalam nahas helikopter
di Sarawak 5 Mei lepas sebagai balasan ALLAH, disifatkan amat biadab.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim merangkap Ahli
Parlimen Kuala Selangor berkata, Mohammad Nizar dilihat seakan hilang
rasional dalam berkempen bagi pilihan raya kecil (RPK) Parlimen Kuala
Kangsar semasa umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.
"Kenyataan Mohammad Nizar Jamaluddin dalam ceramahnya di Kampung Sayong
Lembah (Kuala Kangsar) disifatkan sebagai biadab dan perlu memohon maaf
secara terbuka di mana kenyataannya yang mengaitkan kematian dua Ahli
Parlimen BN adalah sebagai balasan ALLAH terhadap kerajaan persekutuan,"
katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, tindakan Mohammad Nizar itu juga tidak memikir tentang perasaan keluarga Ahli Parlimen BN yang terkorban.
PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar, Selangor akan
diadakan serentak pada 18 Jun ini berikutan kematian penyandangnya,
Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon.
"Nizar tidak perlu menghamburkan kata-kata sebegitu, biarpun ketika ini
parti-parti bertanding sedang hangat berkempen, janganlah sampai ke
tahap menghina dan memfitnah," kata Irmohizam.
PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN,
Pas, Amanah dan Bebas, manakala PRK Sungai Besar, tiga penjuru antara
BN, Pas dan Amanah. - Bernama
1 orang berkata:
Pak ko punya blog penuh komen no ghoib kenapa? Malas nak delete ke atau kau agennya? Rajin2 lah sikit, jgn pemalas! Ada penyakit kuat tido ke?
Post a Comment