NAK KATA TINDAKAN KAT PEMBANGKANG JE PUN TAK TEPAT, SEBAB DULU KHIR TOYO PUN KENA JUGA, KALO NAK KOMEN TENTANG CARA PENANGKAPAN YANG DIKATAKAN TAK ADIL (SEPERTI PENJENAYAH BAHAYA) ATAU SEOLAH-OLAH GUAN ENG SEBAGAI PENJENAYAH BESAR TU TERPULANG KEPADA POLIS DAN SPRM DAN KENALAH TANYA MEREKA WHY AND WHY ?, NAMUN JENAYAH TETAPLAH TERJADI, ITULAH POKOKNYA DAN MENGAPA LAKUKAN ? - Pak Karamu
Kenapa hanya kenakan tindakan kepada pembangkang?
SHAH ALAM - Penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersabit
isu banglo yang dibelinya menimbulkan pelbagai reaksi pemimpin
pembangkang yang mengecam perbuatan itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR
kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang
didakwa membuat tangkapan sewaktu Guan Eng sedang mempengerusikan
Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Komtar, semalam.
Menurut Wan Azizah, pihaknya berpendapat bahawa penahanan pada petang
semalam adalah tidak wajar memandangkan kehadiran anggota yang begitu
ramai pada mesyuarat berkenaan menggambarkan seolah-olah Guan Eng
seperti seorang penjenayah merbahaya.
“Guan Eng sebelum ini telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak
SPRM dan tindakan penahanan sedemikian adalah tidak wajar.
“Penangkapan dan pendakwaan Guan Eng mengukuhkan persepsi rakyat bahawa
wujud satu usaha sistematik dan terancang untuk menakut-nakutkan dan
mengganggu pimpinan politik tertinggi pembangkang sebelum tibanya
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya menerusi satu kenyataan kepada
media.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kes banglo: SPRM digesa siasat dengan telus]
Semalam media melaporkan Guan Eng ditahan SPRM sebaik habis mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Komtar.
Guan Eng dibawa sepasukan anggota penguat kuasa ke pejabat SPRM di
Jalan Sultan Ahmad Shah Georgetown kira-kira jam 6.20 petang dengan
menaiki kereta milik kerajaan negeri.
Selain itu, Wan Azizah turut mempersoalkan tindakan SPRM yang hanya
mengenakan tindakan kepada pembangkang manakala mereka yang berada di
pihak kerajaan serta terlibat dalam skandal kewangan terbesar dapat
menikmati kekebalan di sisi undang-undang.
“Oleh itu, PKR menggesa pihak SPRM melengkapkan siasatan dan membawa ke
muka pengadilan mereka yang terlibat dalam skandal-skandal kewangan
tersebut agar terbukti tahap profesionalisme badan berkenaan dan tidak
timbul persepsi di khalayak umum bahawa berlakunya pendakwaan terpilih
dan terancang,” katanya.
Dalam pada itu, Parti Amanah Negara (Amanah) turut berharap agar Guan
Eng dapat diadili sebaik-baiknya di mahkamah terbuka selepas beliau
ditahan oleh SPRM semalam.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, pihaknya berharap agar pasukan
pembela dapat melakukan pembelaan terbaik ke atas Guan Eng yang juga
merupakan Setiausaha Agung DAP.
“Tiba-tiba dalam bulan Ramadan Guan Eng ditangkap dan akan didakwa atas
kes rasuah. Dakwaan terpilih sentiasa berulang kali berlaku di
Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan kepada
media.
Sebelum ini, Guan Eng telah dipanggil memberi keterangan di Pejabat
SPRM Pulau Pinang bagi membantu siasatan terhadap kes pembelian
banglonya di Jalan Pinhorn yang mencetuskan kontroversi setelah
dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya
ketika Sidang Dewan Rakyat April lalu.
2 orang berkata:
tak pyh komen bnyk....dah kena tahan tu biarlah sprm selesaikn tugas mereka. tunggulah keputusannya.
Sindiket Pembelit Rasuah Malaysia
Post a Comment