Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mat Sabu Hangpa Jangan Lupa

View Image

Ibu pejabat parti PAS meminta semua kawasan PAS yang telah selesai mengadakan mesyuarat agung supaya menghantar senarai pencalonan pemilihan pucuk pimpinan kepada jawatakuasa pemilihan.

Jurucakap ibupejabat tersebut berkata, tarikh tutup untuk kawasan menghantar senarai pencalonan ialah 10 Mei depan.

Beliau berkata, setahunya hanya satu kawasan sahaja yang telah menghantar senarai pencalonan kepada jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Abdul Halim yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa, merupakan pengarah jabatan pilihan raya PAS pusat.

Jurucakap itu berkata, kesemua 179 PAS kawasan dijadual selesai mengadakan agung masing-masing pada 10 Mei.

Manakala sidang media untuk mengumumkan nama calon yang layak bertanding akan diadakan selepas tarikh tersebut. Muktamar PAS akan berlangsung 3 hingga 5 Jun ini bertempat di Taman Melewar, Gombak.

Sementara itu, beberapa kawasan lagi akan bermesyuarat dan mengadakan pemilihan Sabtu ini, antaranya Batu (Wilayah Persekutuan), Putrajaya, Jasin dan Masjid Tanah, kedua-duanya di Melaka.

Pada hari berikutnya pula, beberapa lagi kawasan akan bermesyuarat termasuk Tititwangsa, Wangsa Maju, Seputeh, Bukit Katil dan Alor Gajah.

Semakan Malaysiakini setakat ini mendapati presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang layak mempertahankan jawatannya selepas mendapat pencalonan dari beberapa kawasan antaranya Temerloh, Muar dan Parit.

Exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa yang mendapat pencalonan dari Bukit Bintang bagi mencabar Abdul Hadi, bagaimanapun menolaknya.

Sebaliknya, Husam hanya menawarkan diri mempertahankan kedudukannya dalam jawatankuasa PAS pusat.

Bekas naib presiden Mohamad Sabu pula sudah layak bertanding jawatan timbalan presiden. Beliau mendapat pencalonan itu setelah mendapat tiga pencalonan dari Kubang Kerian, Bukit Bintang dan Muar.

Naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut mendapat pencalonan bagi jawatan tersebut, menolaknya dan hanya mahu mempertahankan jawatannya sekarang.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu sudahpun mendapat cukup pencalonan - dari Temerloh dan Muar - untuk mempertahankan jawatan naib presiden.

Dua lagi naib presiden - ahli parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub dan ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar - turut layak mempertahankan jawatan tersebut.

Kedua-dua pemimpin PAS itu masing-masing mendapat empat pencalonan dari Bukit Bintang, Muar, Temerloh dan Parit. Setiap calon perlu mendapat dua pencalonan minimum untuk layak bertanding.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.