Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUASANA SARAWAK MACAM TAHUN 50 AN DI SEMENANJUNG

dari kucing ke sebuyau

Saturday, April 9, 2011 Pergerakan dari satu kawasan ke satu kawasan pilihanraya terutama di kawasan luar bandar, ternyata terhad dan terbatas. Perlahan dan memakan masa. Semalam, awal2 pagi saya, AlBanjari dan Azmi berusaha menyelusuri dari Kucing, melalui beberapa kawasan yang ditandingi DAP sehinggalah ke Muara Tuang yang ditandingi calon PAS.


Mungkin semalam masih awal untuk melihat perang poster tetapi saya terus gagah memandu kancil yang disewa sehingga sampai ke Sebuyau. Sekali sekala tersat jalan. Namun itu dikira ada mengembara di tempat orang. Poster masih kurang kelihatan kecuali didominasi oleh BN.


Kadangkala merasa sesuatu kekurangan kerana langsung tiada bendera UMNO (yang mendakwa sangat berkuasa), kecuali bendera sekutunya PBB yang turut berlatarkan warna merah putih. Ya Umno sentiasa mendabik dada sebagai parti yang berkuasa dan memelihara kepentingan Bumiputera, sedangkan di Sarawak ditolak dadn tidak diizinkan bertapak. 


sebuah pondok di kawasan ASAJAYA.Menawan.. dikelilingi pepadi nan menguning dan orang-orangan.


Suasana pilihanraya belum begitu terlatar. Namun ia mulai menampakkan ke arah itu.


Kancil dipandu melepasi Muara Tuang.. yang mana sahabat-sahabat dari Perak berkampung dalam usaha menempatkan PAS pada mata pengundi. Kawasannya separa bandar.. lebih mencirikan keMelayuan, kelihatan masjid dan restoran-restoran Melayu. Satu suasana yang ternyata berbeza dari kawasan lain. Muara Tuang bolehlah dianggap sebagai kawasan pimggiran bandar.


Semalam tidak begitu kelihatan warna hijau dan putih. Mungkin masih malu-malu menunjukkan wajah, meskipun pada malam harinya pada setiap ceramah mulai dikerumuni ramai. DS Nizar Mohamad, SU PAS Perak Misbahul Munir dan PJ PAS Negeri Ust Abu Bakar  malam tadi berceramah di Muara Tuang. Pelbagai isu dibangkit termasuk mengupas harta bertimbun yang dirompak keluarga Taib.


Pada penghujung jalan Muara Tuang rupanya terbentang sebuah sungai. Hmmm terhenti perjalanan seketika menunggu feri. RM1 untuk melintasi sungai berkenaan dalam perjalanan hanya 5 minit menaiki feri itu. Feri berkenaan memuatkan kira-kira maksimun 20 buah kereta. Tidak berbumbung. Khabarnya dikendalikan kroni kepala putih.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.