Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SATU HANTU DIBAYAR DENGAN HARGA TINGGI


Bloggers@Sarawak : PANAS BERAPI - Pahin dan Bomoh ditelanjangkan?


Kuching | albanjari
Seusai solat subuh, (di Sarawak, solat subuh lebih awal setengah dari waktu Semenanjung) team bloggers yang dipimpin oleh Tn. Hj. Anuar Hashim bersama 2 bloggers lain mula meninggalkan bandar Kuching ke Sebuyau. Dalam hangat kisah bomoh dan sihir, kami mencari persepsi cerita yang berbeza buat pembaca. Apapun pantun dulu,


sayang sarawak sungainya sempit,
taib mahmud mulai tersepit,
bomoh dan hantu sudah terbit,
pakatan rakyat sedang mengigit.


Maaf bukan itu yang mahu dibuka cerita. Teruskan bersama wak disini sepanjang pilihanraya Sarawak. Catatan blogger kecil di bumi adat, kisah dan cerita tentang rakyat kecil, dari rakyat untuk rakyat.



Ringkasnya, DUN Sabuyau, sekadar sebuah pekan nelayan yang kecil yang kaya dengan kemiskinan rakyatnya. Tiada kemudahan mencukupi kecuali kesusahan ketara kaum nelayan aka penduduknya. Taib membiarkan rakyatnya hidup gelandangan. Tapi hidup Pehin Taib Mamut, orang Iban pun benci sama kamu ! 

Sejak lewat malam tadi, mengerah mata dan keringat dari sisa-sisa tenaga yang semakin mengecil, aku garap jua catatan-catatan perjalanan pilu di tanah Adat ini. Tunggu terbitan siri-siri KHAS dibawah yang akan diterbitkan seawal hari ini juga. Catatan Benar Kehidupan Rakyat dibawah regim Pehin.

Siri 1 : Huma kamik dan tayar-tayar lori
Siri 2 : Kamik 'malu' sama Pehin yang te'lalu'
Siri 3 : Sebuyau, pekan kamik yang di'malu'kan kerajaan 

Walaubagaimanapun, catatan perjalanan tn hj. hashim dibawah sebagai bacaan sarapan pagi hari ini. Sebahagian Sarawak mendung pagi ini. Semendung Pehin, bomohnya telah bungkas di"paler" media.

Kuching | Perakite
Pergerakan dari satu kawasan ke satu kawasan pilihanraya terutama di kawasan luar bandar, ternyata terhad dan terbatas. Perlahan dan memakan masa. Semalam, awal2 pagi saya, AlBanjari dan Azmi berusaha menyelusuri dari Kucing, melalui beberapa kawasan yang ditandingi DAP sehinggalah ke Muara Tuang yang ditandingi calon PAS.

Mungkin semalam masih awal untuk melihat perang poster tetapi saya terus gagah memandu kancil yang disewa sehingga sampai ke Sebuyau. Sekali sekala tersat jalan. Namun itu dikira ada mengembara di tempat orang. Poster masih kurang kelihatan kecuali didominasi oleh BN.

Kadangkala merasa sesuatu kekurangan kerana langsung tiada bendera UMNO (yang mendakwa sangat berkuasa), kecuali bendera sekutunya PBB yang turut berlatarkan warna merah putih. Ya Umno sentiasa mendabik dada sebagai parti yang berkuasa dan memelihara kepentingan Bumiputera, sedangkan di Sarawak ditolak dadn tidak diizinkan bertapak.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.