Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR: Dua daripada tiga remaja ditembak mati polis dalam keadaan melutut

June 09, 2011

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Peguam hak asasi N Surendran yang mewakili Lawyers For Liberty hari ini mendedahkan dua daripada tiga remaja yang ditembak mati polis di Glenmarie, Shah Alam, tahun lalu disebabkan tembakan dari arah dekat.

Surendran berkata, berdasarkan laporan bedah yang diterima beliau dua hari lepas membuktikan kedua-dua remaja itu Mohd Shamil Hafiz Shafie, 16, dan Mohd Khairul Nizam Tuah ditembak ketika berada dalam keadaan melutut.

Bagaimanapun laporan bedah siasatan seorang lagi mangsa Muhamad Hanafi Omar,22, masih belum diterima.

Ketiga-tiga remaja itu mati ditembak polis di Jalan Kerjaya Glenmarie kira-kira pukul 4.15 pagi selepas menyamun sebuah stesen minyak 13 Disember lalu.

Menurut laporan media sebelum ini ketiga-tiga remaja ini disyaki sebagai ahli Geng Minyak dan mati ditembak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Kejadian ini berlaku di Glenmarie dan Timbalan Ketua Polis Selangor (Datuk A Thaiveegan) mengatakan ketiga-tiga remaja ini adalah penjenayah dengan parang dan ditembak ketika cuba menyerang polis.

“Namun berdasarkan kepada keterangan saintifik dan laporan bedah siasat versi yang dikatakan polis itu adalah palsu dan saya ada bukti mengatakan ketiga-tiga remaja ini telah dibunuh oleh pihak polis dengan sengaja.

“Polis kata mereka ditembak kerana cuba menyerang polis dengan parang tapi kalau benar mereka menyerang polis tapi kenapa luka tembakan Mohd Shamil dan Mohd Khairul Nizam berada di dahi dan sisi dahi... kalau mereka menyerang sudah tentu luka tembakan itu dari depan bukan dari tepi kecuali kalau peluru itu boleh melencong,” kata Surendran pada sidang media di sini.

Turut hadir dalam sidang media itu keluarga ketiga-tiga remaja malang iaitu Hamidah Kadar, 51, iaitu ibu Mohd Khairul Nizam, Norhafizah Mad Razali, 37, yang merupakan ibu Mohd Shamil dan bapa Mohamad Hanafi, Omar Abu Bakar, 58.

Thaiveegan sebelum ini berkata ketiga-tiga remaja itu yang memandu kereta jenis Proton Waja enggan berhenti lalu dikejar sehingga mereka terlanggar kenderaan polis sebelum terbabas ke kiri jalan.

Ketiga-tiga suspek yang bersenjatakan parang kemudian keluar dan cuba menyerang polis, menyebabkan anggota polis tiada pilihan selain melepaskan beberapa das tembakan.

Surendran yang juga Naib Presiden PKR menegaskan, berdasarkan laporan bedah siasat itu, kedua-dua remaja berkenaan ditembak arah dekat.

“Mohd Shamil ditembak dari kedudukan 45 darjah di kepala dan saya percaya ketika itu dia berada dalam kedudukan lebih rendah iaitu melutut ketika ditembak.

“Polis kata mereka ini menyerang tapi bagaimana mungkin ditembak dari sudut 45 darjah di kepala? Selain itu percikan serbuk tembakan juga berada di pakaian mereka, setahu saya kalau tembak dari jarak yang dekat baru kesan ini akan ada,” katanya.

Dalam laporan bedah siasatan yang diedarkan kepada media, Mohd Shamil meninggal dunia kerana kecedaraan di kepala akibat luka tembakan senjata api.

Remaja malang itu mengalami dua luka yang selaras dengan luka tembakan senjata api iaitu tanda kecederaan di bahagian dahi dan di dada kanan, kedua-dua luka itu tembus keluar di bahagian tengkuk dan sisi kanan belakang badan. Laporan itu juga menunjukkan tiada luka mempertahankan diri.

Sementara itu, laporan bedah siasat Mohd Khairul Nizam pula menunjukkan dia ditembak dua kali iaitu di bahagian sisi kepala dan bahagian sisi dada.

Punca kematian adalah kecederaan di kepala dan dada. Bagaimanapun dalam laporan bedah siasatan Mohd Khairul Nizam menyatakan tiada bukti dia ditembak dari jarak dekat.

Ketiga-tiga keluarga remaja malang itu menuntut agar kematian anak-anak mereka dibela dan keadilan perlu diperoleh demi membersihkan semula nama selepas dilabelkan sebagai penjenayah.

“Saya berasa cukup sedih, anda tidak tahu bagaimana sedih hati seorang ibu . . . saya mahu mereka yang bertanggungjawab ini dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman yang setimpal. “Anak saya bukan penjenayah, kenapa dia harus dibunuh . . . apa salah anak saya?” soal Norhafizah sambil menangis teresak-esak.

“Kenapa polis tembak anak saya? Saya tidak puas hati . . . saya mahu mereka yang terlibat dikenakan tindakan,” kata Omar.Hamidah bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen, namun kelihatan masih bersedih.

Ketiga-tiga keluarga ini menuntut agar polis melakukan siasatan segera bagi menyiasat individu yang “membunuh” anak-anak mereka dan mahu Jabatan Peguam Negara mendakwa pegawai polis itu.

Tambah Surendran, tidak bukti mengatakan ketiga-tiga remaja itu memiliki parang untuk menyerang polis.“Polis tidak tunjukkan parang sebagai bukti, ini adalah satu pembunuhan dan kita mahu mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.