Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Siapa yang politikkan masjid kalau bukan Umno

Oleh Sofi Wahab
Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam berkata pentadbiran masjid tidak wajar dipolhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjA_WErOqzMuNF86u2WB3bQSdd_IWyQ0X1ca474-q22G_vFcst692DjxuzmVwn-Pm949GZfdfsv7eQHEuuiR_pcwz6RrZgA6MegBaltWZIKe8GQzpgEVaUJf8Be2a28oPzM4O6CSmT6ZIbm/s320/ali-rustam-mac17.jpeitikkan. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang hendak mengujudkan pilihanraya bagi memilih Jawatankuasa Masjid.


Kenyataan beliau disiarkan oleh Sinar Harian semalam.

Tergelak dan geli hati saya bila membaca komen Ali Rustam. Ini kerana beliaulah bapak yang mempolitikkan masjid. Buktinya semua masjid dan surau di Melaka ini dikuasai oleh orang Umno melalui perlantikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Imam, Khatib, Noja, Pengerusi dan semua AJK Masjid akan dipastikan orang Umno, jika ada yang bukan Umno akan dipecat atau dilucutkan jawatannya. Anak qariah tidak mempunyai kuasa untuk melantik AJK Masjid semuanya dilantik dengan perakuan Umno dan Ketua Menteri sendiri. Ada antara pengerusi dan AJK yang tidak layak tetapi dilantik semata-mata kerana orang Umno.

Akhirnya penduduk berpecah semata-mata disebabkan Umno bermain politik di masjid. 2 contoh paling ketara berlakunya perpecahan akibat politik Umno ialah di Kariah Bukit Pegoh sehingga berlaku pergaduhan di dalam masjid. Pengajian agama di halang oleh Pengerusi dan AJK yang semuanya Umno.

Surau An-Najihin, Taman Merdeka Jaya juga mengalami krisis akibat politik Umno. Kemuncak krisisnya ialah perletakan jawatan kesemua 3 orang Imam surau tersebut beserta dengan beberapa orang AJK. Semuanya gara-gara tamak kuasa dan campurtangan politik Umno.

Jadi siapa sebenarnya yang berpolitik di Masjid.................?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.