Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

11 Julai, 2011

Panas!! Berita Harian Palsukan Gambar

PULAU PINANG - Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) mengecam sekeras-kerasnya imej yang dipaparkan akhbar Berita Minggu Ahad lalu bertajuk ‘KL Tegang’ dengan memaparkan imej seorang lelaki merusuh dengan bersenjatakan pisau. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, AMKPP mendapati lelaki itu hanya memegang bendera dan bukan pisau, selepas meneliti dan membandingkannya dengan foto asal.
AMKPP berpendapat, pihak Berita Harian samada sengaja mengedit gambar tersebut untuk menampakkan imej ganas peserta Bersih 2.0 atau hanya menyiarkan olahan grafik yang dihantar kepada mereka.

“Namun, apa pun alasan yang diberikan, pihak editorial Berita Harian telah melakukan kesalahan yang besar dengan memfitnah perhimpunan aman tanpa senjata rakyat Malaysia semasa Bersih 2.0 dan dalam masa yang sama menghasut & menakut-nakutkan rakyat Malaysia dengan suasana keganasan,” kata kenyataan itu.

Justeru, AMKPP mendesak tiga tuntutan berhubung penyiaran gambar berkenaan:

1. Menarik balik gambar & imej yang mengelirukan rakyat Malaysia tersebut

2. Memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia secara lisan & bertulis dalam laporan mereka

3. Menghentikan segera siaran sebarang foto, imej & artikel yang menimbulkan suasana tegang dan ganas di negara ini.

AMKPP juga menggesa pihak editorial Berita Harian supaya profesional melaksanakan ketiga-tiga tuntutan ini, demi menepati garis etika kewartawanan yang tulen.

“Berita Harian perlu menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat, dan bukannya menjadi agen putar belit dan terus-menerus menakut-nakutkan rakyat,” katanya./KD

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.