Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Kenapa cubit kalau kita boleh tumbuk?

Zunar | Jul 11, 2011 12:27:57 pm

 
Di Malaysia, akhbar, TV dan radio dikuasai oleh kerajaan melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.  Undang-undang ini mensyaratkan setiap pemilik media untuk  memohon lesen pernerbitan setiap tahun.  Pihak kerajaan berhak melulus atau menolak permohonan ini tanpa perlu memberi sebarang alasan.

Dan keputusan kerajaan tidak boleh dicabar di mahkamah.

Ini menutup jalan kepada penyiaran sebarang bahan-bahan alternatif atau pandangan berbeza terhadap kerajaan, termasuk kartun editorial.  Kartunis independen terpaksa bergantung kepada media alternatif seperti internet untuk terus berkarya.

Saya melukis untuk portal berita Malaysiakini dan juga untuk akhbar Harakah.  Di samping itu saya juga menerbitkan buku.  Setakat ini saya telah menerbitkan Cartoons on Tun, 1 Funny Malaysia, Cartoon-O-Phobia, Even My Pen Has a Stand, Gedung Kartun, Perak Darul Kartun and tiga volume Isu Dalam Kartun.

Matlamat saya ialah untuk menggunakan kartun sebagai senjata melawan korupsi dan salahguna kuasa oleh kerajaan Malaysia.  Melalui kartun, saya mengenengahkan isu-isu yang tidak disiarkan oleh media arus perdana.

Ini termasuk rasuah oleh Perdana Menteri dan kabinetnya, isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar Ibrahim, kekuasaan isteri Perdana Menteri, skandal Scorpene, pembaziran, antara lain.

Falsafah saya adalah jelas: Untuk sesuatu karya mendapat impak, kita mesti melakukannya dengan bersungguh-sungguh.  Cara saya ialah mengkritik mereka yang paling berkuasa dengan cara yang paling keras.  Why pinch when you can punch! (Kenapa cubit kalau kita boleh tumbuk).

Sepanjang bekarya, saya sentiasa hadapi tekanan, gangguan dan ugutan dari kerajaan.  Pejabat saya selalu diserbu.  Kerajaan mengharamkan semua buku-buku saya.  Kilang-kilang pencetak juga diserbu dan diberi amaran agar tidak mencetak buku-buku saya di masa akan datang.

Pekedai-pekedai di seluruh negara juga diugut agar tidak menjual buku-buku saya.   September tahun lepas, sepuluh anggota polis menyerbu pejabat saya beberapa jam sebelum pelancaran buku terbaru saya, Cartoon-O-Phobia.  Mereka turut merampas 66 buah buku tersebut juga sebuah sebuah lukisan kartun asli.

Saya ditangkap dan di bawa ke tujuh balai polis sebelum dilokap di bawah Akta Hasutan, yang membawa hukuman tiga tahun penjara jika didapati salah.

Saya diletakkan dalam lokap yang sama bersama dengan penjayah-penjenayah lain seperti perompak dan penagih dadah.  Kerajaan mahu mereman saya lebih lama, tapi mahkamah membebaskan saya pada keesokan hari.

Period ini merupakan saat yang sukar bagi saya.  Pengharaman buku mengakibatkan kerugian RM80,000 (lebih kurang USD35,000).  Akta Hasutan masih lagi tergantung ibarat "pedang Damocles" di atas kepala saya.

Melukis kartun politik merupakan satu kesalahan jenayah di Malaysia.  Melawan korupsi adalah kesalahan jenayah di Malaysia.  Ini bertentangan sama sekali dengan prinsip Islam.  Kata Saidina Ali: "Patriotisma paling tinggi ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim."

Sebagai kartunis editorial, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menentang ketidakadilan.  Di Malaysia, dan juga di negara-negara dunia ketiga serta Timur Tengah, kartunis menghadapai cabaran lebih berat.

Kita mesti bersedia menghadapi sebagai risiko.  Kita mesti terus bangun.  Kita mesti terus melukis sehingga ke titisan dakwat terakhir.  Jika kita berundur, bererti kita mengorbankan prinsip kita menentang kezaliman.  Apabila melukis kartun merupakan kesalahan jenayah, petanda pengusa mula goyah.

Saya memfailkan saman terhadap kerajaan untuk mencabar pengharaman buku-buku saya.  Untuk kes ini, hakim akan memberi keputusan pada 14 Julai depan.

Saya juga memfailkan satu lagi saman untuk mencabar kerajaan kerana menangkap saya secara tidak sah tahun lepas.  Untuk kes ini, mahkamah belum lagi memberi keputusan.

Cabaran yang berat bukan sahaja di hadapi kartunis-kartunis di Asia dan Timur Tengah, tetapi juga dibahagian lain di dunia.  Kartunis-kartunis Amerika memberitahu saya bahawa mereka menghadapi risiko kehilangan pekerjaan akibat ekonomi merudum dan kebangkitan internet.  Saya bersimpati dengan mereka.

Saya rasa, sudah sampai masanya untuk kita, kartunis-kartunis di seluruh dunia bersatu, merapatkan hubungan dan mengadakan lebih banyak dialog supaya lebih memahami isu bersama.

Sekali lagi, terima kasih CRNI atas anugerah ini.  Ia memberi kekuatan baru kepada saya, "seperti Popeye mendapat spinach."

Terima kasih.

*Ucapan Zunar ketika menerima anugerah "2011 Award in Editorial Cartooning" oleh Cartoonist Rights Network International (CRNI) St Petersburg, Florida, 7 Julai 2011

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.