Tindakan polis ke atas A.Samad Said mencungkil ketidakpuasan masyarakat kesenian
Selepas empat Sasterawan Negara tampil membela A. Samad Said (gambar bawah) pada 5 Julai 2011, kini lebih daripada 100 orang seniman tampil dengan kenyataan bersama mempertikaikan tindakan polis menyoal-siasat sasterawan negara ini di bawah Akta Hasutan dan Akta Polis.
"Apakah beliau telah melakukan suatu jenayah kejam yang cukup besar salahnya, apabila seorang penyair dalam usia 76 tahun itu hanya membacakan puisinya Unggun Bersih pada majlis pelancaran perhimpunan BERSIH 2.0?"
Senarai nama ini membariskan 106 unit/orang seniman daripada latar belakang yang berlainan, meluahkan kedukaan yang amat dalam. Mereka merasa terganggu bahawa selepas setengah abad negara ini diasaskan, ruang untuk kebebasan kreatif tidak banyak berkembang, malah lebih teruk lagi, kehidupan kita masih lagi diselubungi "budaya ketakutan".
Empat sasterawan iaitu Shahnon Ahmad, Muhammad Haji Salleh, Noordin Hassan dan dan Anwar Ridhwan tampil pada 5 Julai, menggesa agar semua tahanan yang dikaitkan dengan BERSIH 2.0 dibebaskan dengan segera. Malah mereka mengharapkan agar pintu rundingan antara kerajaan dengan BERSIH 2.0 sentiasa dibuka.
Kenyataan Bersama daripada Masyarakat Kesenian:
Campurtangan Politik...akan membawa pembangunan budaya kita mundur 50 tahun ke belakang
Kami merupakan sekumpulan orang yang aktif dalam masyarakat kesenian Malaysia, yang memikul amanah mencipta budaya baru, berbudi pekerti menggalakkan nilai-nilai sejagat kemerdekaan, kesetaraan dan keadilan sosial sebagai tuntutan persekitaran kami. Persekitaran berbilang etnik, beragam budaya dan berbagai kepercayaan di negara ini menyediakan kita dengan bekalan sumber-sumber kreatif yang tidak berkesudahan. Persekitaran ini juga memberi banyak ilham gagasan keindahan seni yang amat jelas memberi manfaat kepada para penyair, penulis novel, pemuzik, penari, penulis drama atau seniman dan lainnya. Namun demikian, baru-baru ini kejadian penindasan di dalam negara terhadap suara pembantah dan pelanggaran hak asasi manusia, membuatkan kami merasai gangguan dan ketidakadilan.
Disebabkan agensi penguatkuasaan undang-undang telah menggunakan Akta Hasutan dan Akta Polis untuk menyoal siasat Sasterawan Negara A. Samad Said, kami bertanya - apakah beliau telah melakukan suatu jenayah kejam yang cukup besar salahnya, apabila seorang penyair dalam usia 76 tahun itu hanya membacakan puisinya Unggun Bersih pada majlis pelancaran perhimpunan BERSIH 2.0?
Semakin puisi tersebut terus mengalir, ia mendedahkan kita pada kepekaan puisi tentang siapa yang selalu merasa dan peduli terhadap negara dan perjalanan waktunya. Dalam hal ini, kami meluahkan kedukaan yang amat dalam. Kami merasa terganggu bahawa selepas setengah abad negara ini diasaskan, ruang untuk kebebasan kreatif tidak banyak berkembang, malah lebih teruk lagi, kehidupan kita masih lagi diselubungi "budaya ketakutan".
Kami menjangkakan akan lebih banyak tindakan tidak masuk akal "menggari" dan "membelenggu" untuk terus melarang para pencipta budaya yang mendokong keadilan dan mengejar demokrasi seperti apa yang dilakukan A. Samad Said. Kami amat prihatin bahawa tindakan berat berhelah politik ini akan membawa kita mundur 50 tahun ke belakang di dalam pembangunan budaya kita. Sebagai sebahagian daripada masyarakat kesenian, kami pastinya tidak boleh menyendiri tetapi akan mengeluarkan pernyataan bersama seperti berikut:
1.Ungkapan diri: Kami menyedari bahawa semua pencipta budaya memiliki hak untuk memilih pendirian politik peribadi dan kebebasan kreatif - sebagaimana kebebasan bersuara atau kemerdekaan peribadi - yang merupakan salah satu perlembagaan hak asasi manusia yang tidak boleh ditolak ansur. Hanya dalam persekitaran yang merdeka, seseorang pencipta budaya itu dapat menyedari sepenuhnya kepentingan ungkapan diri, dan tidak menjadi mangsa permainan kuasa seterusnya.
2.Dialog yang waras: Kami menyeru pihak penguatkuasa undang-undang untuk mengangkat amalan profesional dengan kebijaksanaan bukannya menggunakan perundangan lapuk untuk menganggu aliran dialog yang waras. Penyair A. Samad Said hanya menyatakan kerinduannya pada demokrasi dan kemerdekaan serta tidak menawarkan emosi yang kesat dan menyinggung. Pada zaman maklumat dengan interaksinya yang sengit ini, cubaan untuk memburukkan seorang warganegara yang baik cukup tidak munabasah sama sekali.
3. Pilihanraya yang bersih dan adil: Kami menyokong lapan tuntutan yang diperjuangkan Gabungan Pilihanraya yang Bersih dan Adil, seperti pembersihan menyeluruh daftar pengundi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, kebebasan institusi awam, menghentikan rasuah dan penyelewengan pilihanraya serta lainnya. Walau bagaimanapun, setakat ini amat malang sekali, rayuan tersebut belum menerima sebarang maklum balas positif oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Kesimpulannya, saat kenyataan ini dirumuskan, telah diisytiharkan bahawa "Perhimpunan BERSIH 9 Julai" akan diadakan di stadium. Apapun yang terjadi, kami berharap kesemua jiwa dan hati yang diperangkap akan dibebaskan, dan ke atas negara semoga akan memancarkan sinar cemerlang kemanusiaan!
Kenyataan bersama oleh:
1. PERSATUAN SENI RUMAH AIR PANAS
2. NUR HANIM KHAIRUDDIN
3. 余一蘭YEE I-LANN
4. 陳愛瓊SHARON CHIN
5. 蔡長璜CHAI CHANG HWANG
6. 葉紹斌YAP SAU BIN
7. 张錦超CHONG KIM CHIEW
8. 颜振利Gan Chin Lee
9. CHUAH CHONG YONG
10. 莊若 JOHNROCK
11. 羅燕婷 LOH YEEN TENG
12. Simon Soon
13. Joseph Foo
14. 鍾武凌 CHONG WU LING
15. 林儷雯 LIM LI WEN
16. 陈如仪Tan Ru Yi
17. 吴利光Goh Lee Kwang
18. 黄英隆Wong Eng Leong
19. Wening Cheah
20. Au Sow Yee
21. 林国荣 Lim Kok Yoong
22. 罗浩庭 Loo Hoe Tiang
23. 傅慧齡FOO FEI LING
24. 陳頭頭MatoTytee
25. Rahmat Haron
26. JC Wong 王敬诚.
27. Foo Kee How符基豪
28. Koh Cheng Kuan 许镇权
29. 曾国辉 Chan Kok Hooi
30. 黄佩如 Wong Pey Yu
31. Fahmi Fadzil
32. Amir Zainorin
33. Abdullah Jones
34. 李健省LEE Kian Seng
35. Goh Sze Ying
36. Tshiung Han See
37. Bebek
38. Shieko Reto
39. Ezrena Marwan
40. Rachel Jena
41. Chi Too
42. Daniel Chong
43. Zedeck Siew
44. AL-JAFREE MD. YUSOP
45. NUSRATNAJWANI BT. MOHAMMAD
46. Tey Tat Sing
47. Ili Farhana
48. Roopesh Sitharan
49. 刘宜振 Low Yi Chin
50. Tengku Sabri Tengku Ibrahim
51. 梁靖芬 LEONG CHING FOON
52. 陈茗洁 TAN MING JIE
53. 楊嘉仁 NYU KA JIN
54. Ise aka Roslisham Hashim
55. The Parking Project
56. HAMIDON BIN AHMED
57. Christina Kang
58. Shaffiq Ahmad
59. Hasnul Jamal Saidon
60. Tan Hui Koon
61. Tan Sei Hon
62. Ng Seksan
63. Dr. Goh Beng Lan
64. 雷大烘 LUI THAI HONG
65. Munkao
66. 祈風 Chifong foo
67. Chang Fee Ming 郑辉明
68. Gan How Ming颜浩名
69. Patricia Leong
70. MEOR KHAIROL NIZAM BIN MEOR NAZRO
71. Phuan Thai Meng
72. 蔡山巨莹 Chai Chik Ying
73. Suzanne Chin Suk Ching
74. 黎百龄 Jason Lai
75. 黃驿清 NG EE CHING @ CANDICE
76. TC Liew
77. Suzy Sulaiman
78. Cheng Yen Pheng
79. Ahmad Syakir
80. Melissa Lin
81. Pyanhabib Rahman
82. Airmaz
83. Muhammad Tarzizi
84. Yin Shao Loong
85. Dr. Siti Zainon Ismail
86. Linus Chung
87. Snow Ng
88. Valentine Willie
89. Juria Toramae
90. Koh Nguang How
91. Leong Tzu Ann
92. Ayisha Rahman
93. Nor Akmar Nahar
94. Annabelle Ng
95. 喜宝大姆 hipodamus
96. Mark Teh
97. MARZUKI MAHBOB
98. MOHD AIZAT AHMAD TARMIZI
99. Ronnie Khoo
100. Saiful Razman
101. Eva McGovern
102. Justin Lim
103. Wong Hoy Cheong
104. Dhaima Dandelion Parameswaren
105. Sharaad Kuttan
106. Kathy Rowland

0 orang berkata:
Post a Comment