Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIKEBUMI SELEPAS ZOHOR

PAS mahu KDN tanggungjawab atas kematian peserta Bersih

July 10, 2011

KUALA LUMPUR, 10 Julai — PAS mengecam pendekatan pihak berkuasa menangani Himpunan Bersih 2.0 semalam yang disifatkannya sebagai “ganas” sambil menegaskan, Putrajaya perlu bertangggungjawab ke atas kematian seorang peserta perhimpunan itu.

Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa (gambar) berkata, Baharuddin Ahmad meninggal dunia akibat sesak nafas selepas terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata di kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur,

Baharuddin, 58, seorang ahli PAS dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang semalam.
Difahamkan suami kepada Ketua Wanita PKR cabang Setiawangsa Rosni Melan itu melarikan diri daripada terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata sebelum pengsan. Jenazah Baharuddin akan dikebumikan selepas Zohor.
“Kita merakamkan rasa dukacita terhadap kematian salah seorang peserta yang terkena gas pemedih mata dan telah meninggal dunia, kita ada rakaman video itu dan kita boleh lihat bagaimana dia rebah dan tidak bernafas.

“Esok (hari ini) kita akan menunaikan solat jenazah Allahyarham dan kita harap kerajaan bertanggungjawab dan lakukan siasatan telus dan kemudian maklumkan bagaimana Baharuddin meninggal dunia,” kata Husam pada sidang media tergempar di ibu pejabat PAS lewat malam tadi. Seramai 1,401 orang ditahan termasuk pemimpin Pakatan Rakyat semalam.

Menurut pemimpin Bersih 2.0 perhimpunan semalam itu dianggap “satu kejayaan besar” dengan 50,000 peserta hadir memberikan sokongan walaupun tidak dapat menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata hanya sekitar 6,000 orang hadir di pusat ibu negara.

Husam juga berkata, penahanan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan polis mempunyai “agenda politik.”

“Kita dukacita dengan penahanan Presiden PAS dan seolah-olah polis mempunyai agenda politik, malah kenyataan ketua polis negara juga mirip agenda politik,” katanya.

Sementara itu, Hadi dalam kenyataannya selepas dibebaskan berkata sekiranya Barisan Nasional (BN) melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 “kebangkitan lebih besar” akan berlaku.

“Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik, walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar.

“Di samping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihan raya dan demokrasi, bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihan raya tetapi juga selepas pilihan raya. Kita tunggu dan lihat respons kerajaan,” katanya.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Selain Hadi, pemimpin PAS yang turut sama ditahan ialah timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua naib presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Kesemuanya telah dilepaskan malam tadi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.